Friday, 22 November 2013

Roti goreng salut telur


Bf utk hari ini,yg simple2 aje,anak2 memang suka sangat makan roti kalau saya goreng cam gini....tapi kalau tak dibuat sesuatu pada roti tu alamat sampai tarikh luput pun takkan habis.......Telur utk salut roti nie saya tambah sikit tpg gandum dan cili giling agak2 dalam 1sudu besar....kalau banyak kang pedas pulak....tp kalau saya yg makan gerenti letak 2 sudu besar.....pancutkan pulak sos potato cheese.....mmg sedap giler!!..Resepinya sama mcm blogger2 lain buat....

Bahan-bahan:-
  • Roti gardenia di potong 2
  • 2@3 biji Telur-dikocok
  • 1 sb cili giling
  • Sedikit perencah kari maggi
  • sedikit tpg gandum
  • sedikit garam
  • Minyak
  • Cheese potato
Cara-caranya:-
  1. Campurkan semua bhn kecuali roti dan cheese potato.
  2. Celupkan roti ke dlm telur dan goreng hingga kekuningan dgn api sederhana.
  3. Angkat dan toskan atas tisu.
  4. Tuangkan sos potato cheese ke atas roti dan makan....

3 comments:

  1. baru semalam kami breakfast dgn roti celup telur ni tapi xdak le topping meleleh cheese tu. x aciiiiiii dia punya lg marbeles. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,nasib baik jauh,lau tak dah pas2 topping tu kat awak......

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....