Thursday, 7 November 2013

Kuih Abok-abok

Kuih tradisional yang harus kita kekalkan supaya tak hilang dek zaman,cara pembuatannya agak mudah...menyebabkan tergerak hati saya untuk mencuba buat....memang yelah mudah sangat2....
Dulu2 time zaman sekolah pernah makan kuih abok-abok nie,cuma tak teringin pun nak tahu cara pembuatannya,yang tahu hanya makan ajer....

Kebiasaannya jumpa pun kat kenduri2,majlis tahlil@ bacaan Yassin bulanan......banyak jugak jenis kuih yang dihidang...kalau dulu2,kuih lembik2 nie memang kurang gemar..tak suka sangat...tuan rumah dah hidang,makan jerlah ...sekarang nie,bila dah semakin berumur,jadi suka pulak makan kuih lembik2 termasuklah kuih2 talam......

Kesudahannya,saya perlu belajar dan belajar buat kuih-muih supaya nanti bila anak2 dah besar mesti diorg request nak makan kuih,senanglah saya bila dah tahu buat kan!!..sekarang nie masih lagi dalam proses pembelajaran...Alhamdullilah,dengan adanya dunia internet nie memudahkan untuk saya mencari resepi2 kuih-muih dan masakan lain....


terima kasih jugak kpd owner resepi ini Bro Rozzan dan Kak Rose tempat saya merujuk resepi kuih abok-abok ini.Mohon dipanjang2kan resepi ini pula di dapur maya saya untuk rujukan saya dan anak-anak di kemudian hari....


KUIH ABOK-ABOK
Resepi:Bro Rozzan

Bahan-bahan: 
  • 250gm sagu
  • 220gm kelapa parut putih-saya guna 1/2 biji kelapa parut
  • 180 gm gula melaka(dipotong kecil2)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa helai daun pisang berukuran 16x 28cm

Cara-caranya:-
  1. Sagu biji dicuci dan ditoskan.Kelapa parut dan garam digaul rata.
  2. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata.bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu.
  3. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya gula melaka.
  4. Kemudian timbus dgn 2 sudu makan adunan sagu.
  5. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang.Semat dgn lidi supata teguh dan mampat.Ulang sehingga adunannya habis.Kukus hingga masak.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....