Friday, 5 October 2012

Sambal Totok Jawa Johor


 Kalau kt kampung masa zaman2 sekolah dulu mak selalu menyediakan sambal totok jawa nie utk menu lunch kami.Bukan setakat mak ,malah arwah tok nya'i dulu pun mmg suka buat sambal nie.Selera betul kami makan ,kalau ada sambal totok nie,ditambah pulak dgn ada sayur ubi masak lemak.....mmg mengasyikkan ,makan pun boleh jadi khusyuk.....tak toleh kiri kanan dah....

Resepi dari mesranet nie,lebih kurang sama macam yang selalu mak saya buat,cuma banyaknya penggunaan cili saja yang membezakan samada sambal ini pedas @ kurang pedas.....terpulang citarasa masing2........



 SAMBAL TOTOK JAWA
Sumber:Resepi.mesra.net/

Bahan-bahannya:
  •  Segenggam ikan bilis 
  • 10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
  • 3 biji cili merah_saya tambah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
  • 1 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih -saya guna 5 ulas
  • 1 inci belacan 
  • Minyak utk menggoreng 
  • Garam & ajinomoto secukup rasa 
  • Limau kasturi -ikut suka


Caranya:
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
  2. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. 
  3. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

3 comments:

  1. salam myda....wah!!!!!sedapnya nampak sambal totok ni. kros xpernah tahu sambal ni walau ramai kawan2 yg jawa totok. nak cuba la nanti. tq ye share ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ros,tak yah tumis dah,goreng2,tumbuk,dh siap....dh boleh mkn.Jimat masa & tenaga...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....