Monday, 1 October 2012

Kacang Panjang goreng Telur SpeciaL

 Selamat petang kepada semua bloggers......mudah-mudahan di kala ini semuanya sihat sejahtera,mungkin ada yang sedang menikmati hidangan minum petang atau mungkin ada  yang baru pulang dari tempat kerja...apa-apa pun semoga kalian semuanya sukses selalu......

Semalam sayur kacang panjang,hari nie pun kacang panjang jugak....hehehe....x jemu ke?....


Walaupun kacang panjang jarang-jarang sekali beli,mungkin kurang meminatinya,tetapi hari nie saya nak share satu lagi resepi kacang panjang .Yang istimewanya  kacang panjang ini digoreng dengan telur serta ditambah dengan sedikit serbuk kari.....Wow!memang  sedap dan menyelerakan hidangan lunch kami hari ini.......bawang putih seperti biasalah,suka letak banyak2.....memang begitu mengasyikkanlah aroma baunya.........kalau tak caya,cubalah.......


  Bagi saya gorengan kacang panjang bersama telur ini sedap kalau kita goreng kering,tak perlu  letak air....tp kalau nk letak pun boleh,tak salah pun....ikut selera masing-masing....


 KACANG PANJANG GORENG TELUR SPECIAL
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 10 btg kacang panjang-dipotong pendek2 anggaran  3cm
  • 2 biji cili merah-dipotong menyerong
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 7 ulas bwg putih-dimayang halus2
  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya-anggaran 3sb
  • 1sk serbuk kari-saya guna  kari ikan Baba's
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
Caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng@tumis bwg putih yg dicincang halus hingga garing,kekuningan @naik bau aromanya.Tolakkan ketepi kuali.
  2. Masukkan telur,kacau hingga hancur &  biar sebati dgn bwg putih.Letakkan sedikit serbuk kari & kacau hingga rata.
  3. Masukkan kacang panjang,hirisan bwg besar &cili merah serta masukkan serbuk  pati ayam knorr.
  4. Untuk masakan ini,saya tidak memerlukan garam kerana adanya serbuk pati ayam knorr & serbuk kari,yg sememangnya sudah menepati citarasa selera saya.
SELAMAT MENCUBA.




3 comments:

  1. nampak kacang bila di goreng cmni tercari2 nasi..terliur betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! mcm gitu sekali penangan resepi kacang panjang nie...hikhikhik.....takpe2 sok leh try.......

      Delete
    2. Berselera kalau makan dengan ikan goreng ni. mesti sedap. boleh cuba hari ni .tq

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....