Wednesday, 24 October 2012

Donut Ball Kak DJ


 Hello!!!Morning semua......

2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri ....
yeay bestnya....yg bestnya dpt cuti keje....bukan senang lo nk dpt cuti nie......
Kalau bukan time raya tak usahlah nak cuti sama2......

Maybe tak balik kampung kot,ingatkan nak packing2 brg,memandangkan hanya cukup bulan je kitorang dok kt umah yg sudah didiami selama 10 tahun nie.Pindah pun tak jauh ,20 @ 30 langkah sampai le......

Skrg nie,rumah tu tgh renovate......banyak jugak yg belum siap,tapi nak x nak kena pindah jugak...tempoh yg diminta dh tamat..... 
Semalan berkesempatan utk mencuba resepi donat ball dari Kak DJ......dan inilah hasilnya,nak buat tak tgk2 dulu,ingatkan gula kastor banyak lagi,bila di chek2 ....alamak! gula habis.....last2 guna je gula ising je.....
Thanks yea kak DJ,izinkan saya panjang2 kan resepi donat ball akak nie di sini......


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran-guna gula ising coz gula castor habis
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....