Saturday, 8 September 2012

Tempe lagii...sambal tempe

 Masih lagi menu yang berasaskan tempe....kerana tuan blog tak pernah jemu walau sesaat pun dengan tempe...hikhikhik....selagi mulut terasa nak makan tempe,selagi itulah menunya pun akan ada tempe jugak...


 Kali nie nak share pulak resepi sambal tempe saya,mungkin ramai diluar sana pun dah biasa buat sambal tempe kan.Ini pun salah satu menu sambal fav saya dan anak2,my hubby mmg x sentuh pun dgn sambal2 merah nie.....



Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2 memanjang@potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • ikan bilis-goreng garing
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam,gula & bahan perasa

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Perasakan garamnya,tambahkan sedikit air asam jawa jika terlalu kering.
  3. Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan seketika hingga sedikit kering dan masukkan tempe goreng,kacau dan angkat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....