Friday, 14 September 2012

Sambal Cili Tumis Ikan Bilis

 Sambal cili nie adalah sambal fav my hubby,tapi kalau sambal merah macam sambal nasi lemak tu,awal2 lagi dia dah tolak ke tepi.......buat banyak kali pun dia tak akan jemu......cukuplah jika ada sambal ini dan ulaman,memang nasi bertambah2 2 @3 pinggan ........
Cara buatnya sangat mudah,tapi nak jugak letak kat sini,utk rujukan anak2 saya nanti....



SAMBAL CILI TUMIS DENGAN IKAN BILIS
Bahan-bahan:
  • 2 biji cili merah
  • 20 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih-saya suka letak banyak
  • Sedikit belacan
  • Segenggam ikan bilis-goreng garing
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara:
  1. Ikan bilis digoreng garing.Angkat & ketepikan.
  2. Tumbuk cili merah,cili padi,bawang besar,bawang putih hingga hancur dan sedikit lumat.
  3. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
  4. Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa,garam & bhn perasa.Biarkan seketika hingga sedikit kering.
  6. Bila dh agak2 kering,masukkan ikan bilis goreng tadi.Dh siap.


4 comments:

  1. Sedapnya ni Myda makan dengan ubi rebus.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pernah lg mkn ngan ubi rebus,lain kali nk trylah cicah ubi rebus...

      Delete
  2. Replies
    1. sedap kalau guna cil hidup nie LydSunshine...cuba buat mesti sedap!....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....