Masih lagi di musim mood raya,anak-anak sibuk mengira duit raya,sambil menyusun elok untuk di snap sebagai kenangan,maybe nak share kat fb untuk tatapan kawan-kawannya juga...
Santapan laksa dan sambal udang nie untuk menu raya ke 4 di kampung.Kalau kat Johor,laksa nie kurang sikit masa-masa raya,selalunya yang dihidangkan adalah lemang,ketupat,rendang.lodeh,sambal kacang......
Adat beri-memberi,balas-membalas masih lagi diamalkan di kampung saya,Biasanya,pagi raya jiran sebelah-menyebelah akan bagi makanan dalam mangkuk tingkat utk tukar-menukar hidangan ....kami pun akan keluarkan makanan dari mangkuk tingkat diorang dan masukkan pula masakan kami........
Maknanya,kalau kitorang masak rendang,lodeh sama macam jiran sebelah masak,akan ada 2 jenis rendang@lodehlah kat rumah,tapi tahun ini mak tak masak kerana anak-anak yang lain belum ada yang balik lagi,masing-masing ikut giliran kampung jika yang dah berkahwin....So,di pagi raya mak akan balas hidangan dengan buah oren serta kuih2 saja......
Raya ke 3 dah start penuh rumah dah,tapi ada juga sorang adik yang dah balik ke kampung mentuanya........
Time nielah mak ada mood nak masak.Haaaa..tu dia,masak laksa,memang tak pernah dibuat selama ini....kalau nak makan main beli je.......
Tapi kalau kat Perak,Laksa ni memang menjadi menu wajib di pagi raya .....
Resepi nie mintak member satu tempat kerja,org Selama,Perak juga.
Resepi nie mintak member satu tempat kerja,org Selama,Perak juga.
Bahan-bahan:
Laksa
Telur rebus
Salad
Timun
Limau kasturi
Cili merah & cili padi
Bawang besar
Daun kesum
Bunga kantan
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Garam secukupnya
Air secukupnya
Letak pucuk gajus pun sedap.
Letak pucuk gajus pun sedap.
Bahan Kuah
Bahan kisar A:
Bawang merah
Cili kering
Belacan
Bahan kisar B:
Ikan kembung
Sardin dlm tin-saya x letak
Cara-caranya:
- Rebus laksa hingga masak.Kalau laksa kering seelok2nya direndam semalaman.
- Rebus ikan dgn asam keping & garam.
- Asingkan isi dgn tulang.Blender isi ikan dulu,gunakan air rebusan ikan tadi.Buat hingga habis.
- Kemudian blender tulang ikan dan tapiskan.
- Masukkan bhn blender ke dlm periuk.Boleh tambah air lagi jika suka.
- Blender pula bhn kisar A dan masukkan sekali ke dlm periuk yg sama.Masukkan asam keping,bunga kantan daun kesum dan garam.Reneh dan didihkan.