Wednesday, 23 May 2012

Terpaksa ku melangkah keluar.........

Agak lama jugaklah kami tinggal di Bangi nie.Sekitar tahun 1997 lagi saya berhijrah ke sini,dari zaman anak dara hingga kini,dh cukup 1/2 dozen dh anak kami....Pertemuan pertama dengan suami pun bermula di sini jugak....Kenangan2 manis daripada zaman2 remaja mmg x pernah dilupakan,mmg terpahat di sanubari hati ini.
Bandar Baru Bangi mmg strategik kawasannya,berhampiran pula dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM,MFI,KYPM,KUIS,ILIM dan banyak lagi,kawasan2 perumahan pun banyak didirikan disini,memang berbaloilah kalau beli sebuah rumah  di sini.

La nie,rumah2 kat sini memang laku habis dijual,macam pisang goreng.........masing2 berebut ingin membeli rumah,jangankan rumah untuk dijual,malah rumah untuk disewa pun cepat je org cari....(berdasarkan kadar sewa,kalau murah mmg cepat...)

Daripada tinggal kat Kajang Mewah,kemudian berpindah ke Seksyem 16 nie dan kini menetap di sini,walaupun bertukar rumah hanya selang beberapa buah saja .Di rumah yang ketiga dan terakhir kami pindah ini  telah  pun memasuki usia 10 tahun.Memang bestlah duduk kat rumah yg terakhir nie.Rumahnya corner lot,tempat parking pun luas,kat luar2 rumah pun masih lagi boleh parking,mudah kalau adik-beradik dan emak datang ke sini dan anak2 pun puas berlari ke sana-ke mari dengan adanya halaman tepi rumah....

Tapi,semalam dapat perkhabaran dari seorang teman empunya rumah yang kami sewa ini dan juga orang tengah antara kami dengan empunya.Kami bayar sewa pun melalui org tengah nilah.Selama duduk di sini tak pernah pun jumpa tuanrumah,ini kerana tuanrumah duduk di Terengganu setelah kematian suaminya.Berita yang disampaikan kurang baik bagi kami,kerana kami terpaksa keluar dari rumah yang telah kami sewa selama 10 tahun ini.Khabarnya tuanrumah nak duduk balik kat rumah ini.Ini yang merisaukan kami...Anak2 dh seronok sekolah kat sini,lagipun sekolah dekat dengan rumah.

Tapi nak tak nak ,kami terpaksa jugak mencari rumah yang berdekatan kat sini ,awalnya kami dh beli sebuah rumah di kawasan ini,cumanya sekarang adik yang duduk.Nampaknya,kami terpaksa gagahkan juga untuk menyuarakan hasrat kami untuk duduk di rumah yang kini di duduki oleh adik.Dengan pasrahnya,adikku terpaksa mencari rumah lain.....

Di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi Seksyen 16 yang kami duduki ini memang selesa kerana dekat dengan kemudahan seperti sekolah,bank2,pejabat pos,pasar malam pun dekat,klinik malah deretan kedai pun banyak serta medan selera pun bersepah-sepah.Kalau nak cari makan memang tak susahlah......kedai makan merata-rata...........

Tetapi kadar sewa di sini terlalu tinggi sekitar RM700 ke atas,mengikut  jenis rumah.Baru ini ,adik saya ada mencari rumah di di sekitar sini termasuklah di Jalan 6A.No telefon sudah terpampang di pintu pagar,so adik saya cuba  call menanyakan sewanya. Katanya  sewa RM850 sebulan,itu belum lagi bayaran nak masuk rumah.Biasanya tuanrumah akan meminta wang deposit sebulan sewa +sewa bulanan +api & air(RM200).Campur tolak darab bahagi semuanya RM1900 permulaan untuk masuk ke rumah .Tak sanggup2.Ya...Allah,x ade ke sewa rumah yang murah2?.....mengeluh sendirian..

Sekarang nie tengah dok sibuk mencari rumah2 sewa yang lebih murah di mudah.com .....Ya Allah! permudahkanlah segala urusanku di dunia ini....Amin.

2 comments:

  1. hhmm...memang tak dinafikan rumah2 kat area bangi tu semua mahal-mahal belaka. saya 3 tahun keja di bangi tapi berulang-alik dari Dengkil sebab rumah sewa kat Bangi mahal tak logik lak rasanya..tu belum beli rumah baru siap..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ah,menyesal plak x beli rumah ms dulu2 kt bangi nie,kalau dulu harga RM150K dh kira mahal& x mampu.....la nie nk cari yg harga mcm tu pun dh x de(rumah teres)..kadar sewa utk flat pun lebih kurang mcm sewa rumah teres dulu2....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....