Monday, 16 April 2012

Lelaki atau perempuan,biarlah sempurna asuhan

Saya selalu baca artikel ini , ditulis oleh Lily Haslina Nasir.Panduan berguna untuk saya dalam mendidik anak-anak saya yang kian membesar.Baik lelaki atau perempuan.

Anak perempuan pandai merengek,cekap bersandiwara,mudah terasa dan cepat merajuk;anak lelaki tidak kurang memeningkan kepala.Bilik anak lelaki selalunya dibayangkan bersepah dan berterabur pada waktu pagi.Perempuan apabila remaja asyik membelek muka.Anak teruna jikalau tak kena gaya,keluar rumah tiada yang larang,perginya bersama matahari,pulangnya apabila langit sudah ditemani bulan.Rata-rata mengatakan,jikalau ada anak perempuan,perhatian harus lebih apabila menjelang remajanya.Anak lelaki pula agak kasar jikalau tiada displin.Tidak kira lelaki atau perempuan ,jikalau kena cara mengasuh sejak dari kecil,memiliki 10 anak bujang sekalipun,ibu tidak mengeluh kerana mereka tahu tanggungjawab membantu keluarga.Ada 10 anak perempuan pula,seandainya betul cara mendidiknya,mereka pasti membanggakan  keluarga,berjati diri serta berkeyakinan walaupun tiada saudara lelaki.

Anak lelaki:
Adab makan
  • Pastikan anak biasa menggunakan tangan kanan.
  • Jangan berebut-rebut mengambil makanan.
  • Jangan mengunyah sehingga berbunyi-bunyi.
  • Suapan jangan terlalu besar.
  • Jangan mengelap mulut pada hujung baju.
  • Pastikan orang tua memulakan majlis.
Pergaulan
  • Jangan bermain di dalam rumah pada waktu malam
  • Jangan membuat bising seperti bergendang sehingga menggangu jiran tetangga
  • Dilarang bermain hingga waktu senja.
  • Dilarang bertandang di rumah jiran berjam-jam.
  • Dilarang menyelongkar meja makan rumah jiran.
Akhlak
  • Dilarang menyampuk perbualan orang yang lebih tua.
  • Bersalam dengan orang yang ditemui.
  • Jikalau batuk, bersin atau selselma pastikan ada sapu tangan kecil,agar orang tidak berasa jijik.
  • Dilarang berludah merata-rata.
  • Dilarang menopang dagu,menyilang kaki sambil berbaring atau menyandarkan kepala pada lengan.Ini lambang orang malas.
  • Tundukkan sedikit kepala apabila berjalan di hadapan orang tua.
  • Jangan tidur terlalu lewat sehingga sukar bangun pagi.
  • Latih anak hormati wanita sekeliling mereka sama ada muda,kecil atau tua.
  • Latih anak ringan tulang agar tidak kekok membantu kerja rumah.

Anak perempuan:
Adab Makan
  • Latih anak membantu ibu menyediakan meja makan.
  • Selepas makan,latih mereka membersihkan dan membantu membasuh pinggan.
  • Makan dengan tertib.
  • Kutip makanan yang bersepah pada tepi pinggan.
  • Jangan makan sambil bercakap.
Pergaulan
  • Anak perempuan harus diajar sifat malu sejak kecil.
  • Latih anak bersyukur dengan barang yang dimiliki.
  • Ajar berkongsi barang dengan keluarga atau rakan.
  • Ajar anak erti bersabar dan jangan amalkan sikap merajuk.

Akhlak
  • Berikan maklumat sewaktu perbualan.
  • Galakkan bercerita sewaktu anak masih kecil.
  • Jauhi perkara mengumpat atau mengaibkan orang lain.
  • Jangan ketawa terlalu besar atau berdekah-dekah.
  • Perbualan biarlah perkara yang elok.
  • Bercakap secara sopan dan jelas.
  • Jangan biasakan tidur petang hingga senja.
  • Jangan makan sehingga kenyang dan tidur pada waktu tengah hari.
  • Latih anak bangun pagi seawal mungkin.
  • Didik anak agar tidak menghargai sesuatu berdasarkan kecantikan.
Sumber:Majalah Jelita Mei 2002.
Tulisan:Lily Haslina Nasir.

2 comments:

  1. Zaman sekarang ni, baik anak lelaki atau anak perempuan, mendidik mereka memang penuh cabaran.

    ReplyDelete
  2. anak dara saya skrg nie pun dh mula tunjukan belang....tegur sikit memberontak...baru darjah 6....belum lagi meningkat remaja...risaunya saya....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....