Saturday, 7 April 2012

Labunya sudah ku petik...


Salam sejahtera dan selamat petang.....
Cara masakan untuk labu air yang biasa ku pernah tgk dan pernah rasa adalah tumis air....dan ku tak tahu samada kawan2 diluar sana  tu,pernah tak masak labu air nie goreng dengan cili , tp ku ingin mencubanya.... 
semalam telahku petik buahnya dari pepohon tangkainya yg hampir kekuningan daunnya....walaupun masih ada 3 @4 kuntuman bunga yg hanya menanti tanggal dari tangkainya.......


Dan semalam jugalah ku cuba utk memasaknya.....tp x de seorang pun yg ada didlm rumahku  ini yg suka akan buah labu tersebut.Hanya ku yg memetik dan ku seorang saja yg menyentuhnya......dan makan beberapa ketul kiub labu......semalam ku masak tumis air saja....
Kebetulan,semalam adik lelakiku datang ke rumah untuk membayar sewa rumah yg didiaminya itu....aku bukan org tgh antara penyewa dan tuanrumah yea....Sebenarnya ku lah owner bagi rumah yang adikku duduk skrg ini.........Disebabkan org dlm rumah nie ,x suka makan labu air ini(kecuali ku),ku berikan 1/2 potong labu air tu kepada adikku....rumahnya pun tak jauh ...2 minit sampailah..........


Ni lah dia rupa buah labu air yg ku petik semalam....


semalam 1/4 masak tumis air dan hari ini 1/4 lg goreng ngan cili dan kentang
1/2 lagi ku bagi pd adikku.......

Sebenarnya ,ku bukanlah peminat labu air ,cuma sekadar merasa sikit2 tu bolehlah.......masak pun tak banyak hanya 1/4 daripada buah labu air tu.....

Hari nie ku nak try pulak masak labu air cara goreng ngan cili dan letak 1biji kentang....

Bahan-bahannya:
1/4 labu air-potong dadu(di celur sekejap & toskan)
* 1 biji bawang merah besar
* 2 ulas bawang putih
* 8 cili merah besar
* 8 biji cili hijau
* sedikit belacan
* sejemput ikan bilis
1 biji kentang-potong dadu-goreng sebentar hingga empuk
Garam dan bahan perasa secukupnya
minyak

Cara-caranya:
1.Blender bhn bertanda *.Tumis bhn blender hingga terbit minyak.
2.Masukkan labu air yg dicelur td,kacau rata,masukkan garam ,bhn perasa.
3. Bila dh agak kering ,masukkan kentang td.Kacau rata dan angkat.

myda_ahmad

***************************



1 comment:

  1. Selamat petang Myda,
    biasanya kalau ada labu air Kak Amie masak sup dengan kaki ayam, bubuh kurma merah dan white fungus. Renih lama-lama sampai kaki ayam empuk tertanggal-tanggal dan labu air pun hampir lunyai... ha hahhh sedap hirup supnya, memang anak-anak tak suka labu air tapi kalau masak sup cara kakak, mereka pun hirup labu lunyai tu sekali.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....