Tuesday, 13 March 2012

Nasi Goreng Bunga Kantan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Selamat bercuti terutamanya kepada guru2 dan murid2 sekolah.....
Kami pun nak gi jalan gak!.....tetapi nak ke mana yerk?
Nak gi Langkawi ?, tu hari ada offer dari Airasia ....ingatkan nak booking awal2......



nanti2 lah..........,last2 dah terlepas tarikh promosi tu....ha,baru padan muka...
 Tapi tak apalah,next time mesti ada offer lagi dari Airasia kan.Kami buat plan lain,kami cadang nak gi Cameron Highlands.Sebenarnya dah lebih sepuluh kali sejak 2 tahun kebelakangan ini,kami asyik ke sana je..
Memandangkan en suami dapat  Room Cash Voucher,kami akan ke sana lagiiiiiiii dan akan
menggunakan voucher yang ada ini.....jimat sikit kos.... Insyaallah ,kami akan pergi pada 16 dan 17 Mac nanti.....nak gi awal2 cuti tak leh,coz anak2 tahun 6 ada banyak program sekolah....maklumlah nak amik UPSR tahun nie kan......emak ayah kenalah berkorban sikit.....
Bf pagi tadi,ayam goreng crispy dan kentang wedges
 Oklah,tak payah nak citer banyak2 ,jom layan menu kami ini,....lunch makan nasi goreng je.....




Bahan-bahan:
Nasi putih
sedikit daging-potong kecil & nipis
1 biji capsicum-dipotong dadu & kecil2
Carrot-potong dadu & kecil2
Sos ikan
Bunga Kantan-racik halus2
Serbuk pati ayam knorr
Minyak dan garam secukupnya


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-10 tangkai cili kering
sedikit belacan


Cara-caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan daging dan sedikit air,rebus hingga empuk dan masak.Bila daging dah lembut,masukkan pula minyak dan goreng daging sebentar.
2.Ketepikan daging,masukkan bhn kisar dan kacau sebati dengan daging tadi.Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan nasi,kacau rata.Tambahkan garam,serbuk pati ayam knorr,dan sos ikan.
4.Masukkan pula,carrot dan capsicum.Kacau rata.Bila dah masak,tutup api.
5.Campurkan nasi goreng yang dah masak dengan bunga kantan.Gaul sebati dan sedia dihidang.Selamat mencuba.

**************************************
myda_ahmad

*************************

3 comments:

  1. Salam Myda,tentu wangi nasi goreng ni kan..bestnya..

    ReplyDelete
  2. Enaknya nasi goreng.... nak buat jugak! Wangi je bunga kantannya...tak letak budu ke

    ReplyDelete
  3. mmg wangi betul rahel....lg2 kalau dpt mkn nasi kerabu...yg penuh dgn ulaman...
    Kak AMie...
    saya x ltk budu coz s de stok....tp sedap jugak dgn wangian aroma bunga kantan tu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....