Wednesday, 29 February 2012

Popia Sardin


Assalamualaikum .....
Minum petang hari nie adalah  kuih popia sardin......
Kalau beli 5 dah RM2.00.Baik buat sendiri lagi puas makan kan!......




Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 1 tin sardin(kecil)
  • sedikit carrot-dipotong dadu kecil2
  • 1/2 biji bawang besar-dicincang halus
  • 2 biji bawang putih-dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam dan bahan perasa
  • 1 biji telur-utk melekatkan kulit popia
  • sedikit jus limau nipis
  • sedikit minyak



Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,tumiskan bawang besar dan bawang putih,kemudian masukkan carrot.Kacau.
  2. Masukkan sardin dan hancur2kan.Letak sedikit lada sulah dan garam serta serbuk perasa.Perahkan sedikit jus limau nipis dan kacau rata.Biarkan sedikit kering dan sejuk seketika.
  3. Masukkan inti sardin ke dlm kulit popia dan gulung dgn kemas.Buat hingga habis dan goreng hingga kekuningan.



myda_ahmad

*************************

1 comment:

  1. Anda mempunyai simptom kulit kering, berminyak? Ada parut luka, parut jerawat? Kulit pecah, selulit, lebam? Jerawat dan bertompok? Dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Anda boleh lihat hasil yang anda impikan dalam 2-5 hari.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....