Wednesday, 8 February 2012

Kuih Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Memang dah lama bebeno nak cari resepi kuih tiram nie,bila dh jumpa terus save as draf dulu,coz tunggu masa yg sesuai utk mengulinya......yelah ada anak kecik nie payah sikit,x boleh lama2 sgt kat dapur.



Dan satu lagi,nak membuatnya dan menguli serta menggoreng kuih nie pun memerlukan masa yg lama ,(kalau x de org tolong)....nanti sian pulak anak kecikku meraung2 memanggilku utk minta disusui.....(masih breastfeeding walaupun dh 1 thn 4 bulan,x mau susu lain melainkan susu badan saja,dh try bancuhkan susu formula Dutchlady,masih x mau jugak....tapi kalau susu yg kuperah ,masuk dlm botol ...nak pulak!)pandai sungguhlah anak kecikku ini,  tau rasa susu formula dgn susu ibunya,.....Kalau nak buat pun tunggu anak kecikku ini tidur dulu......tak lupa juga ucapan terima kasih banyak2 pada owner resepi kuih ini shamen@myresepi dan sumber rujukan saya DI SINI......tanpa diorg x taulah mcm mana saya nak membuatnya......(sebelum  nie memang x reti  pun cara2 nak membuatnya).....






Kuih Tiram
Resepi Asal:.s_shamen@myresipi.com       
Sumber :Dapur Tanpa Sempadan     
  • 500gm tepung + 2 sb lagi
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air -saya guna 1/2 cawan saja(lebih kurang)
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

myda_ahmad

**********************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....