Monday, 13 February 2012
Kuetiaw Goreng
Assalamualaikum.....
Waalaikumussalam.....jemputlah masuk,duduk2 dulu yea,tuan rumah nak buat breakfast jap....masak simple dan....main campak2 je...nak cepat,nanti tetamu tertunggu2 pulak apa menu bf yang nak disajikan....
tunggu jap yea.....(beberapa minit kemudian).....
Ok,menu bf dh siap,sajian utk tetamu yang bertandang adalah Kuetiaw goreng dengan ayam....
Sambil2 menjamu mata tu,meh kita lihat apa bahan-bahannya yea...
Bahan-bahan:
1 bungkus kuetiaw-di basuh dan ditoskan.
1 ketul ayam bhg dada-dipotong kecil2
2 bji telur
1 sb serbuk cili
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
2sb kicap manis
1sb sos ikan
2 biji bawang putih-diketuk
2sk serbuk pasti sedap
Minyak
sawi/taugeh/daun kucai/daun ketumbar
Bawang goreng
Untuk sos kicap:
2cili hijau-dipotong pendek2
2 sb kicap cair
Cara-caranya:
1.Basuh kuetiaw dan toskan.Ayam dipotong kecil2 dan basuh serta toskan.
2.Panaskan minyak,masukkan ayam,goreng sebentar,kemudian masukkan bawang putih,bila ayam dh agak2 lembut , pecahkan telur.kacau hancur.
3.Masukkan keutiaw,kacau rata,masukkan serbuk cili,sos tiram,sos ikan,kicap manis dan serbuk pasti sedap.
4.Akhir sekali,masukkan sayur.Kacau rata dan padam api.Sedia utk di hidang.
*Utk menyedapkan lagi,perahkan limau nipis ke atasnya dan taburkan bawang goreng serta daun ketumbar.Garam tak perlu kerana sos ikan juga akan menjadikannya rasa masin.
Selamat menjamu selera..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....