Saturday, 14 January 2012

Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum.....
Salam petang sabtu semua.....diharapkan semoga sihat2 selalu....
N3 hari nie adalah menu tempe.Tempe adalah salah satu makanan favourite saya dan keluarga belah mak saya..Tempe merupakan makanan yang dihasilkan daripada kacang soya dan ragi.Tengok gaya cara pembuatannya nampak senang tetapi banyak juga pantang larangnya.....nanti takut tak menjadi pulak...betul ke?.....dengar2 org cakap je.....tak tahu lah betul ke tak?....sebab tak pernah buat sendiri.



Tempe juga boleh dimasak dengan pelbagai cara dan citarasa.Biasanya tempe boleh didapati dalam masakan lodeh ,tempe goreng jawa dan tempe juga boleh dibuat kuih hari raya.Raya thn lepas,mak jadikan tempe ini sebagai kuih....tempe dipotong2 nipis dan digoreng garing,kemudian disira dengan sambal hingga kering.


Tempe Goreng Berempah ini sedap ,kalau dicicah dengan sambal kicap.


Tempe Goreng Berempah

Bahan-bahannya:
  • Tempe-dipotong 4 ,dihiris nipis
  • 1/2 sb ketumbar
  • 1/2 sb jintan manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2sb tepung beras
  • 2sb tepung  goreng serbaguna
  • sedikit garam
  • sedikit air


Cara-caranya:
  1. Tempe dipotong2 dan hiris nipis.
  2. Tumbuk ketumbar,jintan manis dan bawang putih.
  3. Campurkan tepung beras dan tepung serbaguna,masukkan bahan yg ditumbuk dan sedikit air serta garam.Kacau sebati supaya tak berketul2.
  4. Celupkan tempe kedalam bacuhan tepung dan goreng hingga garing.


Untuk sambal kicap
  • 10@15 biji cili(ikut masing2 kalau nak pedas letak banyak sikit)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • sedikit jus limau

*tumbuk cili dan bawang putih@blender,masukkan kicap manis dan jus limau.



Inilah dia tepung goreng serbaguna yang saya gunakan.


myda_ahmad

****************************





2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....