Tuesday, 17 January 2012

Pau Goreng

Assalamualaikum dan salam hari selasa.....


Memula nak buat roti arab....lepas siap doh dan goreng beberapa ketul...teringat pulak kat dalam petiais  ada lagi lebihan inti kacang merah.Lebihan daripada buat pau yang dulu....lagipun anak yg sulung suka makan pau goreng inti kacang merah.....biasanya kalau beli kat kedai barisan maybank tu  memang tak pernah cukup....... kalau beli dia sorang je yang makan.....




Tapi hari nie nak cuba buat pau macam yang ada jual kat kedai2 depan tu.....rasanya adunannya lebih kurang macam doh cakoi....what ever lah....janji pau goreng ku siap juga....
masih lagi menggunakan resepi sofinar .....cuma ditambahkan inti kacang merah.....

Sumber:sofinar@myresepi

Bahan-bahannya:
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum
  • Inti kacang merah--utk isi dalamnya*beli yang dah siap sedia.

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....