Monday, 5 December 2011

Makan angin di Genting Highlands

Assalamualaikum......
Hari selasa yang lalu kami satu family pergi bercuti sambil bawa anak-anak gi jalan -jalan ke GENTING HIGHLANDS.Asalnya kami nak pergi ke PD @ Cameron Highlands..... tanpa dirancang terlebih dahulu,kami ambil keputusan utk pergi ke Genting Highlands memandangkan kami baru sekali menjejakkan kaki ke sana...ada  juga anak2 yang 1st time pergi ke sana.....lagipun utk sampai ke sana tak memerlukan masa yang lama.....
Bab masak-memasak telah mama siapkan awal pagi lepas mama pulang dari kerja....bekalan utk dibawa ke sana nanti,maklumlah harga makanan kat sana semestinya mahal kan!Dengan anak2 yang ramai nie kenalah berjimat sikit ..masak kat rumah lagi puas hati......simple aje mama masak seperti sardin,telur goreng.sambal goreng belacan ikan bilis,ikan kering tenggiri&bulu ayam dan udang goreng berempah(makanan yang tak mudah basi).......


***Catatan***


29 November 2011
7.00am-Masak makanan.
8.30am-Siapkan anak-anak,mandi.
10.30am- Keluar dari rumah,isi minyak kereta.
11.00 am-Gerak utk ke Genting Highlands.
12.30pm- Sampai ke genting Highlands.
12.45pm-Cari hotel.
1.00pm- Chek-in Hotel First world.
1.30pm-Rehatkan badan,makan.
3.30pmpm-Keluar bilik,jalan-jalan kawasan sekitarnya,tengok2 taman tema luar & dalam.
8.00mlm-Masuk bilik,rehat,mandi,makan.
8.45mlm-Keluar bilik utk tgk wayang.
9.15mlm-Wayang start
11.00mlm-Wayang tamat.
12.00am-Tidur.


30 November 2011
7.00am-Bangun tidur.
8.30am-Bf,siapkan anak-anak dan mandi,kemas baju.
10.45am-Keluar bilik,Chek-out.
11.00am-Ambik gambar,masukkan beg dm kereta.
11.20am-Start  utk pulang menuruni bukit,sambil stop jap tangkap gambar.


 suasana pagi yang penuh dengan kabus....


 inilah jalan dia utk sampai ke genting highlands







sebelum menuruni bukit sempat lg berposing...


myda_ahmad
********************************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....