Saturday, 24 December 2011

Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum....
N3 kali nie adalah Ayam Masak Lada Hitam.Sebenarnya masakan nie saya masak minggu lepas cuma x sempat nk updatekan.....jom tgk bahan-bahannya...



Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahannya:
1 mangkuk ayam
Lobak merah(dipotong panjang2 dan nipis)
1 ulas bawang kuning besar(di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato(potong 4)-utk hiasan)
1 biji lada merah besar(potong nipis)
2 sb sos tiram
4 sb sos lada hitam
2 sb kicap manis
1 sb lada hitam(ditumbuk halus)
1sk serbuk pati sedap
Daun salad(utk hiasan)
minyak utk menumis
Garam
sedikit air

Cara-caranya:
1.Ayam dipotong kecil,basuh dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam.Goreng hingga 
sedikit kekuningan.Masukkan bawang putih yg diketuk.
3.Kemudian,masukkan sos tiram,sos lada hitam,kicap manis,lada hitam yang ditumbuk,serbuk pati sedap dan air.Masukkan sedikit garam.
4.Masukkan lobak merah dan hirisan bawang kuning besar serta lada merah.Kacau hingga masak.Angkat dan hiaskan dengan daun salad dan tomato.
Selamat menjamu selera...............

****************************************************
myda_ahmad

*****************







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....