MENGATASI GANGGUAN YANG BIASA SEMASA HAMIL
SAKIT BELAKANG
Besar kemungkinan anda mengalami sakit belakang kerana berat bayi menarik anda ke hadapan,menyebabkankan anda condong sikit ke belakang.
Gejala:Sakit pd otot-otot belakang bahagian bawah dan pelvis.
Apa yang harus anda buat:
*Luruskan belakang anda seberapa yg mungkin semasa melakukan semua aktiviti harian anda seperti berjalan,berdiri,duduk,mengangkat dan membawa barang-barang.
*Urut perlahan-lahan otot-otot anda yang sakit.
*Berehatlah seberapa yang boleh.
KURANG NAFAS
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan,bayi yang sedang membesar menekan bahagian dalam dada anda dan membuat anda payah bernafas dengan bebas.Ia boleh juga berpunca daripada kekurangan darah(anemia)
Gejala:Anda berasa tidak bernafas apabila anda berkuat terutama apabila menaiki tangga atau mengangkat barang-barang.
Apa yang harus anda buat:
*Rehat seberapa mungkin yang boleh.
*Rehat di tempat tidur dengan bantal tambahan di bawah kepala anda.
*Sekiranya masalah itu sangat serius.mintalah nasihat doktor.
MENGIDAM DAN MEMBENCI
Mengidam makanan yang tertentu menyebabkan makan terlalu kenyang dan makan tidak hadam.Sekiranya ,membenci makanan yang mempengaruhi ketidakseimbang pengambilan makanan berzat,seperti menjauhi daging mungkin menjejaskan kedudukan asid folik dan zat besi anda.tambahan zat makanan ini mungkin diperlukan.
Gejala:Dorongan yang kuat terhadap sesuatu makanna untuk suatu jangka waktu.Membenci makanan tertentu yang biasanya anda sukai sebelum anda hamil.
Apa yang harus anda buat:
*Mengidam:Mengawal saiz hidangan sekiranya anda mengidam makanan bergula atau terlampau banyak lemak.
*Membenci:Pilih gantinya daripada kumpulan makanan yang sama untuk memastikan pengambilan makanan berzat mencukupi.
*Minta nasihat doktor atau ahli diet,jika hal ini menjadi masalah.
SEMBELIT
Ini adalah akibat lambatnya pergerakan usus anda kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan otot-otot usus.Mungkin juga disebabkan oleh tablet zat besi yang anda ambil.
Gejala:Gerakan usus yang kurang kerap dan mengeluarkan najis yang kering dan keras.
Apa yang harus anda buat:
*Banyakkan minum cecair dan makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,kekacang dan birijin sempurna.
*Lakukan senaman ringan selalu seperti berjalan-jalan.
*Sekiranya masalah itu berpanjangan ,mintalah nasihat doktor.
PENING
Apabila anda hamil ,tekanan darah anda adalah lebih rendah.Mungkin anda mengalami kekurangan darah sedikit kerana bayi mengambil sebahagian besar zat besi anda.Yang demikian anda mungkin terasa pening berpunca daripada kekurangan darah.
Gejala:Terasa pitam dan kaki anda terasa tidak stabil.
Apa yang harus anda buat:
*Baring,beristirehat atau duduk tegak dengan kepala anda diletakkan di antara dua lutut anda.
*Bangun perlahan-lahan apabila anda berbaring atau duduk.
SELALU BUANG AIR KECIL
Disebabkan oleh pertumbuhan bayi anda menekan pundi-pundi.Biasanya ,ini berkurangan pada pertengahan bulan kehamilan.Jangan bimbang kecuali terasa sakit ketika buang air kecil.Jika demikian ,anda harus berjumpa doktor.
Gejala:Buang air kecil lebih kerap daripada biasa.
Apa yang harus anda buat:
*Sekiranya anda kerap buang air kecil pada waktu malam,kurangkan minum pada waktu petang.
*Sekiranya anda terasa sakit ketika membuang air kecil,mintalah nasihat doktor.Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan.
HEMOROID(BUASIR)
Hasil daripada penambahan tekanan pada vena abdomen dan ini diburukkan lagi oleh sembelit.
Gejala:Rasa sakit dan mungkin berdarah pada anus apabila anda buang air besar.
Apa yang harus anda buat:
*Lebihkan makanan yang berserat tinggi dan banyakkan minum cecair.
*Mintalah nasihat doktor untuk mendapatkan ubat untuk mengurankan rasa sakit.
SENAK DAN PEDIH ULU HATI
Disebabkan oleh pengaliran balik asid di dalam perut ke dalam esofagus (tiub yang menuju ke perut anda)sesuai oleh pengenduran injap di jalan masuk perut anda.
Gejala:Rasa terbakar di tengah-tengah dada anda.
Apa yang harus anda buat:
*Jauhi makanan -makanan berempah dan berminyak serta berlemak.
*Makan jangan terlalu banyak tetapi kerap.
*Makan dan minum perlahan-lahan.
*Minum air berselang antara makan,jangan minum sambil makan.
*Selepas makan jangan tergesa-gesa berjalan kesana ke mari.
*Tidur dengan bantal tambahan di bawah kepala anda.
*Mintalah nasihat doktor yang mungkin memberikan sedikit perubatan.
LELEHAN AIR KENCING
Berpunca daripada dasar otot pelvis yang lemah dan pembesaran perut yang menekan pundi-pundi kencing anda.
Gejala:Lelehan air kencing setiap kali anda bersin,batuk atau ketawa.
Apa yang harus anda buat:
*Buatlah senaman untuk dasar pelvis anda selalu.
*Elakkan diridaripada mengangkat barang-barang berat.
KEJANG KAKI
Keluhan biasa pada bulan-bulan terakhir kehamilan yang mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium.
Gejala:Rasa sakit kerana pengecutan otot-otot,biasanya di kaki dan betis.Biasanya terjadi pada waktu malam.
Apa yang harus anda buat:
*Urut betis yang sakit
*Tarik kaki anda dengan tangan ke arah anda dengan jari kaki mengarah ke atas.
*Doktor anda mungkin preskrib tambahan kalsium jika diperlukan.
MABUK HAMIL
Salah satu tanda-tanda kehamilan,biasanya berlaku pada pagi hari antara minggu ke-6 dan ke -12.Ia mungkin juga berlaku pada sebelah petang ketika anada terasa penat.
Gejala:Rasa loya dan muntah,biasanya apabila tercium bau sesuatu makanan.
Apa yang harus anda buat:
*Waktu pagi sebelum bangun tidur ,makanlah biskut atau roti kering.
*Jauhilah makanan dan bau yang dapat membuat anda sakit.
*Makan jangan terlalu banyak tetapi kerap.
SUSAH TIDUR
Suatu lagi keluhan biasa ,terutama pada minggu-minggu terakhir kehamilan.Biasanya diakibatkan oleh tendangan bayi,kegelisahan pada anda tentang masa bersalin yang berhampiran atau rasa kurang selesa kerana saiz kandungan nada yang besar.
Gejala:Susah tidur dan payah menyambung tidur selepas terbangun.
Apa yang harus anda buat:
*Rehatkan badan dan fikiran anda dengan nernafas panjang dan perlahan-lahan.
*Senaman yang merehatkan atau mandi air suam sebelum tidur mungkin dapat menolong.
*Tidur mengiring dengan bantal tambahan di bawah kepala dan lulut.
TANDA MEREGANG
Terjadi jika kulit anda meregang melampaui kemulurannya,terutamanya di perut dan buah dada.Tambahan berat badan juga antara penyebabnya.Regangan ini mungkin reda dan menjadi jalur-jalur halus selepas bersalin.
Gejala:Tanda-tanda yang kelihatan pada kulit perut dan buah dada.
Apa yang harus anda buat:
*Elakkan berat badan daripada bertambah melampau batas terlalu cepat.
*Gosok kulit dengan minyak bayi,pelembap semasa hamil.
BERPELUH
Akibat aliran darah pada kulit yang bertambah dan perubahan hormon semasa hamil.
Gejala:Kerap berpeluh dan muka kemerah-merahan.
Apa yang harus anda buat:
*Banyakkan minum air.
*Pakailah pakaian yang longgar dan dibuat daripada benang kapas.
*Cubalah istirahat dan anda jangan terlampau bekerja kuat.
*Mandi lebih kerap.
SEMBAB
Bengkak pada jari,kaki dan pergelangan kaki disebabkan menyimpan air.Pengedaran darah anda juga menjadi kurang berkesan.
Gejala:Bengkak pada jari dan pergelangan kaki,terutamanya dalam cuaca panas dan pada sebelah petang.
Apa yang harus anda buat:
*Jangan berdiri terlalu lama.
*Topanglah kaki anda apabila istirahat.
*Pusingkan kaki dan pergelangan kaki untuk memperbaiki pengedaran darah.
KOTORAN PADA FARAJ
Kadar lendir yang dihasilkan oleh faraj bertambah sedikit kerana perubaha hormon dalam masa hamil.
Gejala:Keluar lendir berwarna putih tanpa berasa lemah atau sakit.
Apa yang harus anda buat:
*Pakailah pengalas seluar dalam atau tuala wanita.
*Mintalah nasihat doktor sekiranya faraj anda terasa sakit atau gatal ataupun keluar lendir yang berwarna dan berbau.
URAT VARIKOS
Biasanya terjadi apabila abad terlalu gemuk atau diidap turun-temurun dalam keluarga anda.Berdiri terlalu lama boleh memburukkannya.Ubatilah awal jika tidak menyenangkan anad supaya mencegah komplikasi selepas bersalin.
Gejala:Urat-urat betis dan peha terasa sakit dan bengkak.
Apa yang harus anda buat:
*Jangan berdiri terlalu lama.
*Istirahat sambil kaki diletakkan di atas bantal atau kusyen.
*Elakkan tambahan berat badan yang banyak.
*Pakailah stokin penyokong sebelum bangun di waktu pagi.
*Cuba buat senaman kaki yang ringan.
Info-info ini dipetik daripada Buku bayi Yang Sihat(Permulaan yang Menakjubkan).
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....