Semanis Epal Hijau

Saturday 20 October 2018

Perginya tak kembali lagi

Assalamualaikum ..
sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging,bukan malas cuma kekangan masa yang tak mengizinkan untuk berbuat demikian.Lakukan dulu yang perkara2 penting...

Mmg agak lama benar sampaikan ke hari ini,baru terasa nak mencoretkan sesuatu yang boleh dikongsi bersama.
Dulu Aku punya keluarga bahagia,kini bukan tidak lagi memiliki keluarga bahagia tapi ada satu kekurangan,kurangnya keberkatan setelah kehilangan suami setahun yang lepas.

Dulu kami bersembilan bersama anak-anak,ke mana saja pergi tetap bersama,cukup bahagia bersama suami dan anak-anak,makan angin sama-sama,jalan sama -sama...kini hanya tinggal kenangan ,kenangan yang tidak akan dilupakan sampai akhir hayat.

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku,telah terjadi pada diriku sendiri..dulu aku selalu terbaca di suratkhabar  ujian-ujian yang menimpa pada sang si isteri,samada suami kemalangan,lemas,pengsan waktu bekerja,sesak nafas ataupun silap orang lain kita jadi mangsa dan banyak lagi.

Pagi Jumaat 5/5/2017,elok saja suami pergi kerja.Hari tu mmg suami tak balik rehat kerana ada tugas yg perlu diselesaikan secepat mungkin,menyiapkan kerja-kerja wiring di salah satu pusat tahfiz di daerah Rantau,PD.Jam 3.30petang dapat panggilan dari suami,tapi sayangnya bukan aku yang menjawab panggilan itu...mmg rasa terkilan tak dapat dengar kata-kata terakhir dari arwah suami.Panggilan dijawab oleh anak perempuan ke 2,Wawa,yg ketika itu berada berdekatan dgn handphoneku.Itupun hanya beberapa minit sahaja.
Panggilan terputus katanya dan suara suami macam termengah-mengah .Tak lama tu aku call balik,lama juga aku tunggu panggilan itu dijawab...seorang petugas lelaki dari klinik Takau ,PD mengenalkan dirinya,lalu menjawab persoalanku.Suara seakan sama dgn suami arwah suamiku...Tulah ingatkan suamiku main-main,rupanya lain sangkaanku.

"Puan,suami puan pengsan,apa-apa hal puan kena datang sini,"kata petugas klinik dan menyuruh aku pergi ke sana.Jam sudah 5.00petang.Hati rasa berat nak pergi sebab anak-anak masih belum pulang sekolah lagi.Kebetulan ada adik yang sama kerja dgn suami..aku suruh dia pergi  tengokkan keadaan suami kat klinik itu.Setiap saat aku tanya adik bagaimana keadaan suamiku.Lama juga menunggu ....rasa tak sabar nak tahu keadaannya,aku call terus adik....jawapan yang aku dapat,abg nafi dah tak ada,berjujuran airmataku mengalir,padam hidupku seketika....gelap seluruh hidupku.Aku kehilangan seorang suami yang ku sayang.Dialah tempatku bergantung selama ini,selain Allah.Dialah ketua keluarga kami,dialah sinar hidupku..Ya Allah,kuatkanlah semangatku,tabahkan hatiku,berilah kesabaran padaku untuk aku menghadapi hari-hari mendatang bersama anak-anakku,aamiin.Ajarilah dan didiklah hatiku supaya sentiasa mengingatiMu Ya Allah...



Al fatihah untuk arwah suamiku Hanafiah bin Husin
(1971-2017)
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin yang beriman,In Sha Allah,aamiin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....