Semanis Epal Hijau

Friday, 5 October 2012

Sambal Totok Jawa Johor


 Kalau kt kampung masa zaman2 sekolah dulu mak selalu menyediakan sambal totok jawa nie utk menu lunch kami.Bukan setakat mak ,malah arwah tok nya'i dulu pun mmg suka buat sambal nie.Selera betul kami makan ,kalau ada sambal totok nie,ditambah pulak dgn ada sayur ubi masak lemak.....mmg mengasyikkan ,makan pun boleh jadi khusyuk.....tak toleh kiri kanan dah....

Resepi dari mesranet nie,lebih kurang sama macam yang selalu mak saya buat,cuma banyaknya penggunaan cili saja yang membezakan samada sambal ini pedas @ kurang pedas.....terpulang citarasa masing2........



 SAMBAL TOTOK JAWA
Sumber:Resepi.mesra.net/

Bahan-bahannya:
  •  Segenggam ikan bilis 
  • 10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
  • 3 biji cili merah_saya tambah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
  • 1 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih -saya guna 5 ulas
  • 1 inci belacan 
  • Minyak utk menggoreng 
  • Garam & ajinomoto secukup rasa 
  • Limau kasturi -ikut suka


Caranya:
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
  2. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. 
  3. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

Thursday, 4 October 2012

Kacang goreng bawang putih


 Kudapan petang tadi adalah kacang goreng bawang putih.Dah lama ada stok, cuma tidak timbul keinginan nak makan kacang goreng ,tu yg asyik tersimpan je dalam bekas.Bila dah teringin nak makan,hah...cepat2 google resepi.Memang sedap dengan bau aroma bawang putihnya itu......



  KACANG GORENG BAWANG PUTIH
Sumber:14 sept@myresepi
dicuba oleh:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 500gm kacang tanpa kulit
  • 15-20 ulas bawang putih (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam) - masin ikut selera sedirik la yer...
  • 20 ulas bawang putih (dihiris) - banyak pon boleh, suka hati.
  • Segenggam ikan bilis (kalau suka)
  • Air
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Didihkan air didalam periuk. Bila dah didih tutup api dan tuangkan kacang. Biarkan selama 3-4minit pastu toskan.
  2. Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Perap setengah jam.
  3. Panaskan minyak. Goreng kacang tadik sehingga hampir kekuningan kemudian masukkan bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalo takut kacang/ikan bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing)
  4. Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat untuk dimakan...

Wednesday, 3 October 2012

Telur masak kicap

 Mememangnya telur sudah menjadi barang makanan harian dapur yang wajib bagi keluarga kami yang mempunyai 6 orang anak,yang kesemuanya menyukai masakan telur.Dalam 1 hari je,saya memperuntukkan 8 hingga 10 biji telur untuk hidangan bagi anak-anak saya.Masaklah apa saja menggunakan telur pastinya diorang akan makan.Kekadang tu tak sampai seminggu lagi,1 tray telur dah habis......

Telur masak kicap ni pun salah satu favorite anak-anak.Pun begitu,saya masih mengamalkan pemakanan yang seimbang.Telur kaya dengan khasiat proteinnya,hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.Info lanjut klik sini.

Selain itu kita digalakkan makan daging putih seperti ayam dan ikan.Cuma di dalam rumah ini daging merah  memang tak pernah beli,tetapi masih lagi boleh digantikan dengan telur.Contoh daging merah seperti daging lembu,kambing,kerbau dsb.Memakan banyak daging merah juga boleh menyebabkan risiko sakit jantung.Info lanjut klik sini.



TELUR MASAK KICAP
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 6 biji telur-goreng mata kerbau
  • 1sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Kicap manis -saya suka guna yg cap kicap kipas udang
  • Sedikit air
  • Minyak secukupnya

Bhn tumis:
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji cengkih
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 4 bawang putih-dimayang halus
  • Halia
  • 1@2 batang cili merah-belah 4 memanjang

 Caranya:
  1. Panaskan minyak,masukkan bhn tumis,kacau dan biarkan sehingga  layu .
  2. Masukkan kicap manis,sos cili,sos tiram dan sedikit air.Biarkan seketika.
  3. Bila dh mendidih,tuangkan kuah ke dalam pinggan yg berisi telur.

Tuesday, 2 October 2012

Kentang goreng cili

Kandungan dan khasiat kentang kepada tubuh kita sangat banyak,kentang memiliki kandungan kabohidrat setara dengan beras dan gandum.Info lanjut klik sini ......

Kalau masak sayur daun2 pun boring jugak!....Nak try msk kentang goreng cili lah pulak.......sesekali makan sedap jugak.......

Bahan-bahan:
Kentang-kupas dan potong2 nipis
Ikan bilis-goreng
Carrot-potong kecil2 memanjang
minyak

Bhn Kisar:
Bawang merah
Bwg putih
Cili merah/cili padi/cili kering
sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Goreng kentang & ikan bilis hingga garing & rangup.Goreng asing2.
  2. Tumis bhn kisar hingga sedikit kering,masukkan bhn perasa,carrot dan masukkan kentang & ikan bilis yg digoreng tadi...siap.




Sambal Tempe

N3 tertunggak,ntah tak ingat dah..rasanya yang bulan lepas,dek kerana kesibukkan masa tertumpu pada anak2 yg menduduki exam UPSR...ini pula diabaikan,tapi tak pelah ..yg penting anak2 dh lega exam pun dh lepas.....

Sambal tempe memang sinonim dgn keluarga mak saya,termasuk anak2nya....tp bukan keluarga belah suami.....memang sgt mudah utk menyediakannya....


SAMBAL TEMPE

Bahan-bahan:

  • Tempe-dipotong kecil2
  • 15 tangkai Cili kering*
  • 1 biji bwg besar-dihiris
  • 5 ulas bwg putih*
  • 4 biji bwg merah*
  • sedikit belacan*
  • segenggam ikan bilis
  • Minyak secukupnya
  • Garam,gula & bahan perasa
  • Air


Caranya:

  1. Goreng tempe & ikan bilis hingga garing.Angkat  Ketepikan.
  2. Blender bhn bertanda *.Tumiskan bhn blender hingga naik minyak.
  3. Masukan sedikit air,garam,gula & bhn perasa.Kacau sebati.
  4. Bila agak kering ,masukkan hirisan bwg besar ,ikan bilis & tempe.Kacau dan angkat.



Ni pinggan nasi utk saya,...ada karbohidrat,protein,sayuran,cukup lengkap..

Monday, 1 October 2012

Kacang Panjang goreng Telur SpeciaL

 Selamat petang kepada semua bloggers......mudah-mudahan di kala ini semuanya sihat sejahtera,mungkin ada yang sedang menikmati hidangan minum petang atau mungkin ada  yang baru pulang dari tempat kerja...apa-apa pun semoga kalian semuanya sukses selalu......

Semalam sayur kacang panjang,hari nie pun kacang panjang jugak....hehehe....x jemu ke?....


Walaupun kacang panjang jarang-jarang sekali beli,mungkin kurang meminatinya,tetapi hari nie saya nak share satu lagi resepi kacang panjang .Yang istimewanya  kacang panjang ini digoreng dengan telur serta ditambah dengan sedikit serbuk kari.....Wow!memang  sedap dan menyelerakan hidangan lunch kami hari ini.......bawang putih seperti biasalah,suka letak banyak2.....memang begitu mengasyikkanlah aroma baunya.........kalau tak caya,cubalah.......


  Bagi saya gorengan kacang panjang bersama telur ini sedap kalau kita goreng kering,tak perlu  letak air....tp kalau nk letak pun boleh,tak salah pun....ikut selera masing-masing....


 KACANG PANJANG GORENG TELUR SPECIAL
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 10 btg kacang panjang-dipotong pendek2 anggaran  3cm
  • 2 biji cili merah-dipotong menyerong
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 7 ulas bwg putih-dimayang halus2
  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya-anggaran 3sb
  • 1sk serbuk kari-saya guna  kari ikan Baba's
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
Caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng@tumis bwg putih yg dicincang halus hingga garing,kekuningan @naik bau aromanya.Tolakkan ketepi kuali.
  2. Masukkan telur,kacau hingga hancur &  biar sebati dgn bwg putih.Letakkan sedikit serbuk kari & kacau hingga rata.
  3. Masukkan kacang panjang,hirisan bwg besar &cili merah serta masukkan serbuk  pati ayam knorr.
  4. Untuk masakan ini,saya tidak memerlukan garam kerana adanya serbuk pati ayam knorr & serbuk kari,yg sememangnya sudah menepati citarasa selera saya.
SELAMAT MENCUBA.




Ayam goreng kunyit speciaL


 Hello!!...selamat pagi!...Good Morning semua.......

Hari ni nak mulakan N3 masak-masak untuk di awal bulan Oktober ini dengan Ayam Goreng Kunyit,yang telah saya buat semalam.Memang lain dari yang lain kerana saya masak ada menggunakan bawang putih.Nak tau macam mane?...Dengar cite saya nie yea.....


 Sebelum ayam digoreng ,lumurkan dulu dengan serbuk kunyit & sedikit serbuk kari serta garam.Kemudian cincang bawang putih hingga halus,gorengkan bawang putih  hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.Bawang putih nie wangi bila kita goreng sampai garing,guna api yg perlahan yea.




 Saya mmg cukup suka dgn aroma bawang putih.Kalau masak apa2 pun saya akan gunakan bawang putih yg banyak...tp mesti cincang halus,supaya bila nak makan nanti,tak delah bawang putih tu kat tepi2 pinggan......semuanya dpt dingap masuk ke mulut...kan tak membazir gitu.......



AYAM GORENG KUNYIT DENGAN BAWANG PUTIH
by : myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 3 @ 4ketul ayam-lebih senang ambik bhgian dada,potong kecil2 ikut saiz kesukaan
  •  10 btg kacang panjang-potong 3cm
  • 7@8 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1biji bawang besar -dihiris
  • 2 batang cili merah-potong menyerong
  • Serbuk kunyit ,serbuk kari & sedikit garam-lumurkan pd ayam
  • Minyak secukupnya
  • Lada sulah.
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit,kari dan garam.
  2. Panaskan minyak,(tak perlu banyak2,dlm 3 sb...ikut kuantiti ayam)goreng bwg putih yg dicincang tadi hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.
  3. Masukkan ayam ,goreng hingga sedikit garing dan masak.
  4. Masukkan kacang panjang,bwg besar,cili merah & sedikit lada sulah.Biarkan sekejap,hingga bawang layu & kacang bertukar warna,tp jgn sampai terlalu lama.Kacau rata & siap.