Wednesday, 31 October 2018

Kuih Ondeh-ondeh

Assalamualaikum dan selamat malam...
Kuih yg senang dan mudah untuk membuatnya,tak payah tunggu bulan puasa baru boleh makan kuih ini...cuma kena rajin2 kan diri...Resepi kuih nie saya amik kat google.Dalam resepi kuih ini ada campuran skit tepung gandum.Sebelum2 ni ada jugak buat,tapi tak menggunakan resepi ini....



Sebelum nie buat,letak kaler2,kali nie terasa nk flavour pandan pulak



 Kuih Ondeh-ondeh

Chicken chop

Assalamualaikum ....
Hari sabtu yg lepas ,ajak anak2 makan chicken chop kat Kippmall Bangi...lepas cari barang2 anak nak balik MRSM,anak2 request nak makan yee mee sizling,kebetulan yee mee habis,so kami amik 2set chicken chop untuk 4 org makan..bukan kedekut yea,tapi takut tak terabis...rugi kan kalau tak habis.



chicken chop nie mmg penuh dlm pinggan,ayamnya pun besar,mmg takde tulang...puas hati kalau makan kat Kipmall bangi nie...

Breakfast karipap



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih jiranku rajin sangat bagi kuih karipap ini untuk breakfast ...
kuih yang tak asing lagi,memang suka makan kuih ni...walaupun tak rajin nk membuatnya,biasanya kalau nk makan beli je,teringin pun cuma seketul 2 je,baik beli boleh terus ngap...


Sejak tak ada teman ni,makan pun tak berapa nak lalu...kadang2 tu mmg skip breakfast,makan tengahari terus hingga ke petang @malam.

Karipap inti kentang


Monday, 22 October 2018

Masak lemak putih

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera semua...
setahun yang lalu,bolehlah masak ikut selera suami,sekarang nie ikut selera tuan badan dan anak-anak jelah...walaupun anak2 yg kecil tak mkn segala isinya,saya cedukkan kuahnya saja....tapi anak2 yg besar masih boleh makan terung.tempe dsb...
Masak ikut mood jugak...kalau teringin sgt nak makan barulah pergi cari bahannya...

Alhamdullilah,dengan bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor ) ni dapatlah berbelanja dengan berhemah sikit.Sebulan diperuntukkan RM 200  untuk seisi keluarga.Sudah lebih dari cukup kalau berbelanja untuk brg maknanan.Untuk shopping KISS nie,dulunya saya pergi speedmart,sekarang dah boleh pergi Kedai runcit Pak Aji.Semuanya ada...

masak lemak putih terung campur tempe,soon dan tauhu kering,carrot



Telur dadar mmg wajib ada

penambah selera ,ulaman dan sambal belacan

ikan masin memang tak lupa,mesti ada..

Saturday, 20 October 2018

Tabahlah wahai hatiku

 Bissmillahirohmannirrohhim
Assalamualaikum dan salam pagi sabtu....
Alhamdullilah, celik mata masih diberikan ruang untuk bernafas,menghirup udara segar....
Masih cuba untuk mencari kekuatan pada diri,percaya pada Qada' dan Qadar,segala yang berlaku adalah dengan kehendakNya.Hidup perlu diteruskan...aku harus ingat ada insan sekelilingku yg masih memerlukan kasih sayangku,jangan abaikan mereka...mereka adalah anak-anakku yang akan menjaga dan menemaniku ketika aku kesunyian.

Arwah suami pergi tanpa apa-apa tanda,cuma yang ku tahu demam melarat sehingga 2 minggu.Bagiku demam biasa,mungkin akan sembuh,lelaki ni  kalau demam susah sikit nak makan ubat...tu yg kejap on off,on off demamnya..lagi senang jaga anak-anak demam,bagi ubat terus telan..Ada juga gi klinik untuk blood test FBC,untuk mengetahui samada demam denggi atau tidak...itu saja...blood test lain tak buat...menyesal seumur hidup sebab tak paksa suami buat body chek-up.Peringatan untukku juga,lepas nie kena buat medical chek-up sekurang-kurangnya setahun sekali..
Al fatihah untuk arwah suamiku Hanafiah bin Husin.
Bawa anak-anak ziarah pusara arwah suami.Anak2 penguat semangat utk terus bangun.





Perginya tak kembali lagi

Assalamualaikum ..
sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging,bukan malas cuma kekangan masa yang tak mengizinkan untuk berbuat demikian.Lakukan dulu yang perkara2 penting...

Mmg agak lama benar sampaikan ke hari ini,baru terasa nak mencoretkan sesuatu yang boleh dikongsi bersama.
Dulu Aku punya keluarga bahagia,kini bukan tidak lagi memiliki keluarga bahagia tapi ada satu kekurangan,kurangnya keberkatan setelah kehilangan suami setahun yang lepas.

Dulu kami bersembilan bersama anak-anak,ke mana saja pergi tetap bersama,cukup bahagia bersama suami dan anak-anak,makan angin sama-sama,jalan sama -sama...kini hanya tinggal kenangan ,kenangan yang tidak akan dilupakan sampai akhir hayat.

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku,telah terjadi pada diriku sendiri..dulu aku selalu terbaca di suratkhabar  ujian-ujian yang menimpa pada sang si isteri,samada suami kemalangan,lemas,pengsan waktu bekerja,sesak nafas ataupun silap orang lain kita jadi mangsa dan banyak lagi.

Pagi Jumaat 5/5/2017,elok saja suami pergi kerja.Hari tu mmg suami tak balik rehat kerana ada tugas yg perlu diselesaikan secepat mungkin,menyiapkan kerja-kerja wiring di salah satu pusat tahfiz di daerah Rantau,PD.Jam 3.30petang dapat panggilan dari suami,tapi sayangnya bukan aku yang menjawab panggilan itu...mmg rasa terkilan tak dapat dengar kata-kata terakhir dari arwah suami.Panggilan dijawab oleh anak perempuan ke 2,Wawa,yg ketika itu berada berdekatan dgn handphoneku.Itupun hanya beberapa minit sahaja.
Panggilan terputus katanya dan suara suami macam termengah-mengah .Tak lama tu aku call balik,lama juga aku tunggu panggilan itu dijawab...seorang petugas lelaki dari klinik Takau ,PD mengenalkan dirinya,lalu menjawab persoalanku.Suara seakan sama dgn suami arwah suamiku...Tulah ingatkan suamiku main-main,rupanya lain sangkaanku.

"Puan,suami puan pengsan,apa-apa hal puan kena datang sini,"kata petugas klinik dan menyuruh aku pergi ke sana.Jam sudah 5.00petang.Hati rasa berat nak pergi sebab anak-anak masih belum pulang sekolah lagi.Kebetulan ada adik yang sama kerja dgn suami..aku suruh dia pergi  tengokkan keadaan suami kat klinik itu.Setiap saat aku tanya adik bagaimana keadaan suamiku.Lama juga menunggu ....rasa tak sabar nak tahu keadaannya,aku call terus adik....jawapan yang aku dapat,abg nafi dah tak ada,berjujuran airmataku mengalir,padam hidupku seketika....gelap seluruh hidupku.Aku kehilangan seorang suami yang ku sayang.Dialah tempatku bergantung selama ini,selain Allah.Dialah ketua keluarga kami,dialah sinar hidupku..Ya Allah,kuatkanlah semangatku,tabahkan hatiku,berilah kesabaran padaku untuk aku menghadapi hari-hari mendatang bersama anak-anakku,aamiin.Ajarilah dan didiklah hatiku supaya sentiasa mengingatiMu Ya Allah...



Al fatihah untuk arwah suamiku Hanafiah bin Husin
(1971-2017)
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin yang beriman,In Sha Allah,aamiin.