Semanis Epal Hijau

Tuesday 30 July 2013

Ayam panggang utk nasi ayam

  Ayam panggang blackpepper... 


 Hari ahad lepas,gi Tesco Kajang,niatnya nk cari baju2 raya....dah puas pusing satu Tesco yg dpt hanyalah 2 helai baju ,tupun utk anak2 jer....mak dan ayahnya x beli pun baju,sudahnya beli je ayam panggang Tesco nie,murah je.....kami beli 2 ekor,seekor ayam panggang percik  RM9.99 dan seekor lg ayam panggang black pepper RM8.99.Dah ada 2 ekor ayam panggang nie,balik rumah tinggal masak nasi ayam,kuah sup,sambal .....

Saya potong2 2 ekor ayam tu,masukkan dlm pinggan besar,taburkan timun jepun,daun bawang dan daun sup....last sekali saya tuangkan sikit kicap cair,kicap manis dan kicap bijan.....wow!! sedap....dh  rasa macam makan  kat kedai nasi ayam yunan.....wallawala...sedapnyer!!!!nyummy....

Ayam panggang Percik..

Nasi ayam kami simple aje,cik abg saya x suka rempah 3 sekawan tu,so buat yg simple aje..

Bahan nasi:-
4 cawan beras
air sekukupnya
1 kuib pati ayam knorr
Marjerin
Sedikit minyak masak
sedikit garam
Bhn tumis:-Halia dan bwg putih(diblender)
Caranya:-
  1. Panaskan periuk,masukkan marjerin dan 1 sb minyak msk.
  2. Tumiskan bhn blender hingga naik baunya,masukkan beras,kuib pati ayam dan air secukupnya.Kacau sebati dan masukkan sedikit garam.Pindahkan periuk nasi ke  Rice Cooker.
  3. Biarkan hingga masak.Sesekali harus di kacau supaya bhnnya sebati dgn beras.

Kuih Ketayap

Kuih Ketayap nie bukan fav org kt umah,cuma si pembuat teringin nk makan,so buat dalam 2 cwn..niat mmg nak bagi sikit kat jiran sebelah umah...menggunakan bhn yg sedia ada saja,nk guna pandan & santan malas pulak nk keluar time2 panas nie.........intinya mmg dh ada ,lebihan buat kuih buah melaka tu....
Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu cair
  • 1/2 sk pewarna hijau
  • 1 sk perisa pandan
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Caranya:-
  1. Ayak tepung gandum.
  2. Satukan semua bhn dan blender.
  3. Panaskan kuali non stick dan lenserkan dgn sedikit minyak.
  4. Masukkan 1 senduk adunan tepung dan ratakan adunan dgn cara angkat sikit kuali dan pusingkan kekiri dan ke kanan.
  5. Biarkan sekejap hingga msk.
  6. Angkat kuali dan telangkupkan ke atas pinggan.
  7. Masukkan inti dan gulung.
Bahan inti:-
  • 1 cawan kelapa parut
  • 3/4 cawan air
  • 2 keping gula kabung
Caranya:-
  1. Masukkan air dan gula kabung dan larutkan.
  2. Bila dh larut,masukkan kepala parut.Masukkan sikit tepung pulut.Kacau hingga kering.

Wednesday 17 July 2013

Iftar ke 7

Iftar semalam....
Jiran kiri sebelah rumah  ada bagi juadah  jugak,tu yg penuh meja.....alhamdullilah habis juga,x lah membazir....saya masak pun cukup2 utk makan anak-beranak...sayang kalau x habis.........



 Jiran sebelah hulur ikan siakap masak sambal,cucur pisang dan sayur.Hari ini kena pulang balik pinggan jiran dgn juadah sini pulak....

 Ulaman nie wajib ada,fav en suami nih!.....kalau ada pucuk tenggek burung lg sedap!


 Kat rumah cuma masak ikan kenbong goreng,haa,yg ini kena goreng lebih sikit..anak2 amik sorang sekor....ikan kari,pucuk paku goreng belacan,ulaman salad ,timun jepun dan sambal belacan.

Tuesday 16 July 2013

Ayam sambal daun limau purut

Dah jemu ayam sambal biasa,nak try letak daun limau pulak......memang sedap sungguh!....kesedapannya hingga menjilat jariiii...kalau nk tau kena try yea!!...


AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT
RESEPI:myda_ahamd
Bahan-bahan:-

  • Beberapa ketul ayam-saya guna 7 ketul
  • Sedikit serbuk kunyit dan garam(gaulkan sekali dgn ayam)
Bahan kisar:-

  • 10 tangkai cili kering
  • lengkuas
  • Halia 
  • 1 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih

Bahan lain:-

  • Minyak masak
  • sos cili
  • 1 biji bwg besar-hiris
  • Daun limau purut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya


Cara-caranya:-
  1. Ayam digoreng hingga habis dan ketepikan.
  2. Tumiskan bhn kisar hingga naik bau,masukkan sos cili dan sedikit air.
  3. Masukkan hirisan bwg besar,garam dan bhn perasa.
  4. Bila kuahnya agak sikit pekat ,boleh masukkan ayam goreng tadi.Gaul rata dan masukkan daun limau purut.Tujuan masukkan daun limau, utk mewangikan masakan ayam itu.

Buah Melaka

Kuih onde-onde nie utk Iftar semalam punya,dah 6 hari berpuasa baru sekali buat kuih sendiri ngap sendiri.Nak beli  RM2.00 pun bukannya banyak sangat....elok buat sendiri ,baru puas makan...kebetulan ada 2 org adik dok sekali,dh ramai2 nie kenalah buatkan!!!!....save sikit budget.....!!!

 Resepi asal dari SINI,tapi ada sikit tambah tokoknya...saya gandakan bahan-bahannya dari resepi asal.Dan saya hanya menggunakan bahan yg sedia ada kat rumah saja,tidak menggunakan daun pandan seperti dalam resepi asal...saya gantikan dengan pewarna hijau dan esen pandan.Ok,sesiapa yang nk tgk resepi asal,bolehlah lawat ke blog resepidaria yea....

BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
Sumber:Resepidaria
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air-utk menguli doh
  • 1/2 sk pewarna hijau
  • 1 sk esen pandan
  • 2 ketul gula kabung
  • 1 cawan kelapa parut
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam bekas.Tuangkan pewarna hijau ,esen pandan,air dan uli hingga menjadi doh.Ketepikan sebentar.
  2. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kabung yang dipotong dadu tadi kedalamnya dan bulat2kan.Buat hingga habis.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
  4. Apabila air sudah betul2 mendidih,masukkan bebola buah melaka tadi.Biarkan hingga bebola timbul dipermukaan air,barulag diangkat dan ditoskan.
  5. Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam.
  6. Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan sedia dihidang.
Nota:-
  • Kuih buah melaka anda akan pecah air gula jika bancuhan doh terlalu lembik.Sukatan air di atas sudah mencukupi dan jika perlu hanya tambahkan sedikit air saja,..jangan terlebih.
  • Perahan air daun pandan menyedapkankan lagi buah melaka.
  • Potongan gula kabung yang besar juga menyumbang kepada buah melaka pecah ketika dimasak.

Saturday 6 July 2013

Kobis goreng yang menyelerakan


 Gabungan 2 jenis sayur kobis,maka terciptalah gorengan sayur ini yang cukup menyelerakan.Ditambah pula dengan sedikit soon dan gorengan tempe yang dipotong kecil-kecil membuatkan diri ini jadi lapar lagi,walaupun baru setengah jam  tadi makan....
Dengan kata lain,memang cukuplah segala-galanya......anak-anak pun turut menggemarinya..

GORENG KOBIS DENGAN TEMPE DAN SUUN
Bahan-bahan:
  • 1/2 daripada 1 biji kobis
  • sedikit kobis merah
  • 2 biji cili merah-dihiris menyerong
  • 1 keping tempe-potong kecil dan goreng
  • sedikit soon-direndam & di gunting pendek
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • sedikit ikan bilis
Cara-caranya:
  1. Tempe digoreng garing.Angkat & ketepikan
  2. Gorengkan ikan bilis dulu hingga sedikit kekuningan,masukkan bawang besar,bawang putih.
  3. Agak2 bwg dh layu,masukkan cili merah,2 jenis kobis,kacau sebati.
  4. Masukkan soon,kacau rata dan akhir sekali masukkan tempe dan perasakan.
  5. Sedia utk dihidang.

Wednesday 3 July 2013

WW- Gambar Safira

Saja nak kongsikan gambar anak saya yang ke 6,sekarang nie dia dah besar dah,2 tahun 9 bulan.Gambar nie masa 6@7 bulan.Walaupun umurnya nak dekat 3 tahun,Fifi,panggilan manjanya,masih lagi mintak bf.
Nama:Nur Ain Safira
DOB:09/10/10
POB:Dalam kereta vios,dalam perjalanan menuju ke hospital
satu hari lagi,dapat tarikh yang cantik.Haa..lah dah tak sabar-sabar nak kuar....itupun kuar kat dalam keta...


Tuesday 2 July 2013

Menang Pertandingan Fotografi Floria 2013

Pada 30 Jun 2013,jam 3.00pm,majlis penutup dan penyampaian hadiah Floria Putrajaya 2013 telah di adakan bagi mengiktiraf pemenang2 anjuran PPJ sempena Floria tersebut.
Kami gerak dari rumah pun dah pukul 3.00pm,nasib baik dekat jer dgn rumah.Sampai jer kat sana,dah penuh dah orang,kami dok kat kerusi tepi2 yg disediakan.

Sajian petang itu adalah kambing panggang,nasi goreng,ayam goreng,kuey tiaw goreng,bihun sup,buah2an dan air oren serta teh panas.


 Wawa menang tempat ke 2,hadiah berupa RM800.00,sijil dan trofi.

Wah!banyak tu.....rezeki2,.alhamdullilah.Tahun depan wajib join lagi nie...mama pun nk join jugaklah!...

Dapat Jemputan

Dapat panggilan dari urusetia Floria Putrajaya pada hari sabtu,29/6/13 yang mengatakan nama anak ,Azwa bt Hanafiah  tersenarai dalam pemenang pertandingan fotografi.Syukur,Alhamdullilah tersangkut jugak gambar yang dihantar utk pertandingan fotografi sempena Festival Floria 2013.Dan dapatlah kad jemputan ini dari Perbadanan Putrajaya ,supaya menghadirkan diri ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Floria Putrajaya 2013.
Dapat tempat ke berapa ?...Haa....suprise!!!!....

Wawa masuk dalam kategori C,yang mana bayaran hanya RM5.00 saja.