Semanis Epal Hijau

Thursday 20 June 2013

Donut Mayonis


Semalam  saya merajinkan diri utk menyediakan sajian minum ptg saya,selalunya time ptg2 saya dh tercongok  depan tv,santai2 dgn anak2,sambil ajar anak membaca, lelama saya pulak yg tertido.....hehehehe... 

Ok,resepi donut nie saya try dari blog cik ros@jintanmanis.Terima kasih yea Ros@jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi.Mmg puashati bila dh mencuba resepi donut Ros nie,selagi x buat selagi tulah asyik terbayang2 aje.....Izinkan saya share resepi Ros kat sini pula yea,mudah2an dapat memberi manfaat kepada yg ingin mencubanya :)
Donutku ditabur dgn gula aising je,gula kastor  xde stok.....
DONUT MAYONIS
Sumber:blog rosmarlina@jintanmanis

Bahan-bahan:

  • 330gram tepung gandum(saya ayak dulu & sukat 3 cawan saja,kurangkan1 sb)
  • 1 1/2 sudu besar mayonis(ros guna mayonis kimball)
  • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur(dipukul sedikit menggunakan garpu)
  • 140ml air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin(saya gantikan 1 sb shortening & 1 sb minyak masak)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 4 gram yis( 1 1/2 sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan donat mayo ni nanti

Cara-cara:

  1. Buat doh,Kaedah 1,penggunaan Bread Maker(BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan statrt,tunggu sampai siap du sli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.
  2. Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Tips untuk mendapatkan doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 5 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3.  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagikan doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biarkan naik dua kali ganda dan goreng sehingga ke -emasan,gunakan api sederhana,angkat dan salut dengan serbuk gula.Sedia untuk dihidangkan .Selamat Mencuba.  


1 comment:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....