Sabtu yang lepas ,26/1/13,pagi tu ayah pergi ngan kawan dia ke Bandar Tasik Permaisuri.Gi berdua jer.Niatnya memang nak amik bahagian,tu yang datang awal2 pagi.Memang banyak jugak acara2 yang ada masa Karnival kembara nie,salah satunya adalah pertandingan fotografi lah.....selain tu acara pertandingan memancing,mewarna bg kanak2,menarik kereta dsb.
Dah tghhari tu,kawan ayah nak balik,so ayah hantar dia balik dan bawak kami anak-beranak pergi pulak,tapi acara@aktiviti memang dh abislah,cuma menunggu acara penyampaian hadiah jer.....
Saat di nanti telah tiba,acara penyampaian hadiah start pukul 4.00pm.Masing2 mengambil tempat di bawah khemah....kami anak beranak makan2 kat tepi2 tasik sambil melihat keindahan tasik .....
Dengan tak di sangka2 nama ayah di panggil dan ayah mendapat tempat ke 2 dlm acara pertandingan fotografi.....alhamdullilah,syukur dapat jugak merasa naik ke pentas...hehehe....hadiahnya??....wow! lumayan jugak!.....lepas nie lehlah belanja....hehehe...
Sambil menunggu tu ,sempat lagi bebudak nie amik belon....mamanya yang tolong putuskan benangnya..hehehe......mak budak x leh main,so tolong amikkan jerlah......
Bila nak balik tu hah,penuh dalam keta segala belon2 tue......sib baik ayah x marah,cuma bising jer,katanya tak nampak nanti bila nak drive.....
sebelum balik main2 dulu,ada belon yang dh terlepas dari pegangan terus terbang tinggi......hah,tu cam ner nak amik tu!.......
Dah lama betul kan tuanrumah nie menyepikan diri,asyik sibuk jer,org lain pun sibuk gak,tapi boleh jer update entry.....hikhikhik..Sebenarnya penat sgt2 badan sebab pindah rumah,kekadang tu teman anak2 buat kerja sekolah.....ditambah pulak dgn mata yg asyik nak layu jer......tu yg x de mood nak bukak blog....
Tapi ada masanya tu singgah gak blog2 ,baru jer nak pegang keyboard anak pulak dh sibuk nak mengemping.......
Last2 dok depan tv ,sambil tgk tv jom kita beristighfar sama-sama.....
3 hari sebelum nak habis bulan 12 yang lepas,pihak sekolah rendah telefon,suruh datang amik surat tawaran kemasukan ke tingkatan 1 ke SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi untuk Asma'.
Di atas adalah surat tawaran kemasukan ke tingkatan 1 program Kelas Rancangan Khas(KRK) di Sekolah Menengah Jalan Empat(Sekolah Berprestasi Tinggi 2013).
Hari pendaftaran pelajar ke tingkatan 1,lepas daftar terus amik buku teks,chek2 buku mana yang takde...dah siap leh balik.......
Mungkin cerita nie dah lapuk,tapi ada aq kisah....yg penting aq nak memorikan kejayaan anak2 ku di sini,blog kesayanganku yang dah lama ditinggalkan......
Dua orang anakku ,sebelah kiri Asma' dan Azwa baru melangkah masuk ke tingkatan 1 utk tahun 2013 ini.Dilahirkan dalam tahun yang sama,cuma berlainan bulan,yg kakak lahir bulan Januari 2000 dan si adik lahir bulan November 2000.Walaupun tahun yang sama,tak semestinya saiz badan pun sama kan!....
Tahniah,mama ucapkan pada Asma & Azwa kerana berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 yang lepas.Masing2 memperolehi keputusan 5A dan 4A 1B.
Dengan keputusan yang berbeza,Asma diterima masuk ke SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi manakala Azwa bersekolah di SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2.
Kalau dulu, sekolah rendah diorang bersama,satu kelas lagi.....,sekarang mereka berpisah sekolah.Tapi itu tak menjadi masalah,yang penting diorang boleh belajar berdikari sendiri.
Mama dah bagi telefon sony erricson kat Asma,awal2 lagi sebelum exam UPSR,alhamdullilah,syukur Asma dah buktikan pada mama yang Asma mampu buat.,kalau result sebaliknya,mmg dh tarik balik dh.....Dan Azwa pun dapat hadiah jugak,tapi ayahlah pulak kena belikan,asyik mama jer,pokailah duit mama......ayah bagi wawa samsung galaxy y....(bertuah betul anak2 zaman sekarang nie kan...)
2/1/2013-Jom ikut Yaya gi sekolah....
Hari pertama persekolahan,Yaya dah mula menangis,tapi taklah sampai melalak2,cuma nangis manja2 gitu.....tapi x tahulah kan,bila mama dah balik,kot2 dia melalak terus sampai balik...uhuk..uhuk..uhuk...
Time balik,gi jemput yaya...yaya berdiri sebelah cikgu,nampak muka memang nak nangis lagi sekali,bila dah kuar sekolah sambil berjalan pulang sambung menangis terus......katanya"yaya tak nak kolah".....
Esok???tak tahu lagi cam mane?........harap2 tak maulah nangis lagi....
Selamat Tahun Baru 2013......
Dan salam manis dari saya untuk semua pengunjung yang masih suka bw kat sini.....(eh!,ramai ke yg suka bw kat blog nih,..dahlah x de entry yang best2,kejap timbul,kejap tenggelam pulak tuh!....,eh!perasan aq jer,hikhikhik....)Sebenarnya dah beberapa hari nie asyik menyepi kerana disebabkan masalah komputer yg seringkali asyik rosak jer,nak guna laptop x leh nak upload gambar pulak!problem2,tension betul!....walhal kat rumah ada ipad,macbook,tapi entah kenapa komputer desktop tu jugak jadi pilihan untuk mengupdate blog.Maybe salah satu sebab,semua gambar tersimpan dlm desktop tu.......
Di tambah pulak sibuk dengan kerja2 mengemas ,mem"packing" barang2.....yelah orang nak pindah rumah barulah kan...hehehe....memang sibuk2 sangat...sampaikan x de masa nak update entry.Kesian pengunjung yang datang sini,takde entry2 baru.Minta maaf banyak2 yea,bukan disengajakan......
Urusan anak2 sekolah pun ada jugak.Dalam pertengahan bulan 12 yang lepas tu,ada pergi hantar anak amik ujian kecenderungan MRSM Gemencheh.Masa tu memang ramai betul yang datang,kira2 dalam 1000++ pelajar yang memohon ,tapi yang diterima masuk hanyalah 180 orang pelajar saja.90 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan.
Dalam bulan 12 ,memang takde satu pun entry yang dapat saya postkan.Sekarang nie makin bertambah2 entry yang nak ditaip.Takpelah ,In Sha Allah,akan datang nie akan saya postkan sedikit demi sedikit.
Diharap pengunjung2 Blog Semanis Epal Hijau tidah jemu untuk datang ke mari lagi dan diharap dapat bersabar.Terima kasih kerana masih setia di sini.