Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 19 November 2012

Pancingan mengena ikan toman-Part 2

Percutian santai kami di Pulau Banding pada 14 Nov hingga 16 Nov sangat-sangat menyeronokkan apatah lagi anak2 memang seronok  sangat bila dapat pegang kayu pancing.Yang seronoknya bila  pancing2 dapat ikan.Apa saja umpan memang mengena jugak kerana boathouse memang  parking tempat yang biasa banyak ikan. Anak2 memancing menggunakan roti jer,ada jugak yang lain tu menggunakan buah kelapa sawit,cengkerik....Ha... ikan toman nie en suami yang pancing taw.....besor kan!!....Sebenarnya ada lagi ikan,cuma tak amik gambar,yang kecik2 tu bawak balik nak wat ikan pekasam.Wow! mesti sedap.Dah lama tak makan ikan pekasam.


 Memancing kalau tak kena gaya memang payah jugak nak mengena umpannya....tengok umpan jugak kalau nak dapat hasil yang besar.Kalau ikan toman nie,umpannya adalah anak ikan keli.


Dah selamat dah wat barbeku atas boathouse....untuk dinner..

Tahniah!!! anak2 ku....

Pelajar-pelajar yang mendapat 5A
bergambar bersama dengan ibubapa....me yg kiri sekali baju purple.

Bismillah........Syukur alhamdullilah dan tahniah untuk anakku yg 1st Asma' kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan 2nd daughter Azwa mendapat 4A 1 B.Semoga dengan kejayaan ini,dapat menyuntik semangat untuk terus kejar kejayaan di masa hadapan....Tak lupa juga diucapkan terima kasih tak terhingga kepada warga pendidik khasnya guru-guru tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jalan 6 Bandar baru Bangi.Tanpamu anak2 saya tak kan sampai ke tahap ini,selain usaha gigih mereka,guru pun banyak membuat aktiviti-aktiviti tanpa mengira penat lelah untuk membimbing dan memdidik mereka....Jasamu tetap dikenang.

Sunday, 18 November 2012

Percutian santai sambil memancing di Pulau Banding-Part 1


Tarikh 14 November 2012 hingga 16 November 2012.Hari:Rabu-Jumaat
Masa bertolak :11.30malam gerak dari rumah.Jumpa geng 2 yang lain kat hentian Sungai Perak.Masa tu jam baru pukul 3.30pagi.Masa nielah dimanfaatkan untuk pergi toilet,sapa yang tertahan2 kencing tu ,cepat2 masuk toilet..cuci muka dulu ,segarkan mata...jap lagi nak wat tahi mata lagi...

Singgah jap kat masjid Gerik,masa tu jam baru pukul 5.30pagi.Rehatkan badan dulu sambil2 tido dalam kereta,ada yang tido kat masjid..sementara menunggu azan subuh.Selesai solat subuh,ada jugak geng2 lain yang nak mandi kat masjid tu.So,tunggu diorang dulu,sempatlah kami rehat2 dulu.

Bila semuanya sudah ready,kami dan geng2 lain pergi breakfast dulu kat kedai mamak.Pekena nasi lemak,roti canai,milo panas & kopi o.Lepas Bf,kami pun meneruskan perjalanan ke Pulau Banding,mengambil masa kira-kira 1 jam dari bandar Gerik.Tiba di Royal Belum Tasik Banding pukul 9.30 pagi.Naik boathouse lebih kurang pukul 10.00pagi.Perjalanan mengambil masa 4 jam.Sampai di hujung tasik jam 2.00 petang.



 
boathouse yang biru tulah boathouse yang kami naik.

 Ini adalah boathouse polis,yang memang ada di tepi tasik.


 Sebelum naik boathouse,nak snap gambar dulu...

 Masih lagi berada di kawasan jeti,sambil memunggah keluar barang2 dari kereta.letaklah kat situ dulu...lagipu boathouse tgh warm up enjin....so, cuci mata dululah.tgk keadaan sekeliling,macam org jakun lah pulak!.......

Kitorang pergi ramai2,5 buah family....sekarang nie jam pukul 9.30am.

Wednesday, 14 November 2012

Potluck-Sambal belacan masak

 Selamat malam......
Hari ini dan malam ini juga,kami sefamily nak grak ke Grik.Plan kami memang nak ke Tasik Banding dan dirancang seminggu yang lalu.Kami pergi dengan 4 buah family termasuklah member2 kaki pancing en suami.Masing2 bawak family masing2.Tempat yang famous dengan kaki2 pancing,termasuklah en suami.

Kami dari Bangi akan bergerak jam 11.00malam.Mungkin akan singgah2 kejap  minum kopi utk hilangkan ngantuk.Kami akan bermalam di boathouse yang ada menyediakan bilik utk kami tidur@bermalam....kata en suami dapur utk memasak pun ada....

Dari sini kami ada bawak bekalan makanan dan air bersih,termasuklah maggi,bihun mentah ,bwg2,ulaman-timun& kacang panjang, milo 3 in 1,roti gardenia.nugget dan nampak tak gambar tu......haaa,tulah dia sambal belacan masak,memang fav en suami,sepatutnya sambal ikan bilis,tapi ikan bilis tu taruk kemudian,kalau x lemau nanti...tu yg kena asingkan dulu,bila time nk makan nanti baru satukan.....


Potluck kami 2 jenis sambal belacan,...yg mentah & yg masak....Kami pergi seramai 26 orang.Ntahlah ,cukup ke x yerk sambal tu.....maybe cukup kot.....

Ayam kari dengan Lada hitam

Hari nie menu lunch masak simple ,telur goreng dadar dan ayam,....ntah nak letak nama apa pun tak tau ,main taruk sesedap rasa jer,letak kari sikit,lada hitam pun ada ,sos lada hitam pun nak letak jugak....
Tekak nie nak makan yang masam2,tu sebab perahkan sikit limau nipis kat atas hidangan ayam tu....



Masak maggi kari pun mesti kena letak jus limau sikit ...biar kaw2 ,baru sedap!...

AYAM KARI  LADA HITAM
Bahan-bahan:

  • 3 ketul ayam bhg dada-dipotong kecil2
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb sos lada hitam
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar-dihiris 
  • 4 ulas bwg putih-diketuk
  • 1 inci halia-diketuk
  • 1 biji lada merah-potong menyerong
  • sedikit kicap mee
  • Bahan perasa,sos ikan,serbuk pati ayam knorr
  • Minyak & air secukupnya
  • Jus limau sikit


Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak,goreng ayam separuh masak.Masukkan bwg putih & halia,biarkan seketika.
  2. Masukkan serbuk kari & serbuk lada hitam,kacau supaya ayam betul2 sebati dgn serbuk kari.
  3. Masukkan sos lada hitam,sos ikan,kicap & bhn perasa serta bwg besar dan cili merah.Boleh tambah sedikit air kalau kuah terlalu kering.Bila kuah agak pekat,boleh tutup api dan sedia dihidang.




Monday, 12 November 2012

Gulai Telur

Hai!Apa khabar semua?.Diharapkan semoga teman2 dan rakan2 blogger sihat hendaknya.....Saya di sini alhamdullilah sihat disamping anak2,cuma terasa ngantuk sikit,walapun ngantuk update blog mesti diteruskan juga.....

Sejak kahwin sampailah sekarang nie baru sekali masak gulai telur.Biasa anak2 suka makan telur goreng jer,kalau direbus nie kurang sikit.Tapi semalam ,gulai buat,telur goreng pun buat....maknanya ada 2 jenis hidangan telur...anak2 boleh pilih yang mana satu kesukaan mereka.Ternyata mereka lebih suka memilih telur goreng daripada gulai..........

Search resepi gulai telur nie kat myresepi,penyumbangnya Junn,thanks sudi share ......mohon cnp pula di sini yea.......

 GULAI TELUR
Sumber:Junn@myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Telur rebus 4 biji
  • Minyak 4 sb
  • Bahan-untuk ditumbuk **
  • **Belacan 10gm**-x letak
  • **Serai 1 batang**
  • **Serbuk jintan Manis 1/2 sb**
  • **Cili Boh 3 sb**
  • **Kunyit 15gm**
  • Tomato 2 biji dibaji-x letak
  • Daun Limau Purut 2 helai-x letak,sbb x de
  • Santan pekat 100ml
  • Gula 1/2 sudu teh
  • Air 1 cawan
  • 1 biji Bawang Merah dihiris nipis dan digoreng
  • Serbuk Perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama-sama bawang merah yang digoreng tadi.
  2. Masukkan serbuk kari daging dan kacau + biarkan sekejap sehingga agak2 kering.
  3. Masukkan santan pekat dan air dan kacau seketika.
  4. Masukkan telur rebus dan tomato yang dibaji.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa di dalam masakan.
  6. ++Selamat Mencuba++

Jom makan Epal Hijau

 Telah kita ketahui bahawa khasiat epal hijau banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.Bagi sesiapa yang ingin menjaga penampilan diri yang sihat baik untuk diet ataupun kulit ,elok cuba amalkan satu hari dengan mengambil sebiji epal hijau atau minum jus epal.

Selain itu dengan mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Info selanjutnya boleh klik sini ....


Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
  1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8.  Mengurangkan risiko barah.
  9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Dalam time berdiet nie,saya kena ambik 1 biji sehari untuk penjagaan kesihatan badan saya baik utk kulit atau ke'slim'an tubuh badan....wajib amalkan,kalau boleh tak maulah asyik makan pil2 vitamin jer....

Hakikatnya,penulis takut sangat kalau-kalau dah menginjak usia tua nanti,baru nak terngadah........mungkin dah terlambat...dan sekarang nielah masanya..........contohnya macam kulit muka,alhamdullilah walaupun umur dah melingkau ke pertengahan 30-an,pigmentasi kulit muka berkurangan.....kalau dulu2 mak dalam umur sebegitu ,banyak sangat pigmentasi @bintik2 hitam pada kulit muka.......


Bila dah banyak pigmentasi@bintik-bintik hitam,dah kena beli bermacam-macam produk penjagaan kulit muka pulak....kekadang  tak semua produk tu yang sesuai dengan kulit muka.Bila  dah tak sesuai,maka tiada kesan perubahan pada wajah kulit muka,tak pun kulit muka jadi sensitif..maka mulalah gatal-gatal...timbul bintik-bintik merah.........

Oleh yang demikian,daripada kita membelanjakan wang yang besar untuk produk yang sedemikian,elok kita amalkan pemakanan yang sihat ,bebas daripada minyak dan  boleh membekalkan kita khasiat semulajadi kepada tubuh badan kita.Selain epal,buah orange juga turut membekalkan vitamin c kepada kita.....

Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.Walaupun masam tetapi ianya manis bila dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan.Bila badan sihat,segalanya dan masa badan sihatlah dapat dimanfaatkan dengan melakukan tugas seharian,meluangkan masa bersama,tetapi bila sebaliknya,kita takkan dapat berbuat begitu lagi......

Sunday, 11 November 2012

Nasi Goreng Sempoi



Kalau dah malas sangat nak masak macam2 jenis lauk,nilah dia yang selalu saya buat,x kira pagi ke,ptg ataupun malam.....kekadang tu dalam 1 hari 2 kali masak nasi goreng sempoi nie.....anak2 tak suka kalau mamanya letak vegetables mix(kacang peas+jagung)....kat nasi goreng tu...so mama cari idea lain yg diorang boleh makan sayur,mama pun letak sayur kobis putih......

Isikan nasi goreng  dalam pinggan,sebelum makan tu taburkan sikit lada sulah yea dan bawang goreng,sedap tuu....

Wow! Sedapnyer rambutan nie...

 Salam manis dari tuanrumah utk pengunjung2  dan teman2 semua,diharapkan semoga semuanya sihat2 belaka di samping meluangkan masa bersama family  dan teman2........atau mungkin ada yang sibuk nak bercuti @melancong,rancanglah dengan betul sebelum memulakan perjalanan yea.....semoga percutian anda bersama keluarga lebih bermakna dan enjoy.....

3 hari yang lalu,my hubby balik bawak buah rambutan.Katanya  jiran yang bagi buah rambutan nie,dapat 1 plastik besar..Buahnya manis dan isinya lekang....sedap taw rambutan nie!.......tengok kaler kulitnya tu pun dah tahu isinya bagaimana..........




Jangan tak tau yer,buah rambutan nie adalah salah satu my favorite fruits..............tapi bila balik kampung Selama,Perak macam dah tak heran dah dgn buah nie......bila musimnya,sepanjang-panjang perjalanan tu penuh dengan pokok rambutan........





Saturday, 10 November 2012

Kueh Keria

belum disira lagi,baru lepas kuar dari kuali
 Hai!!...salam ceria semua...
Tgh hari tadi sambil2 masak ,saya sempat lagi merebus keledek untuk dibuat kuih keria.Suka buat dan suka makan kuih keria tapi masalahnya anak2 tak menggemari kuih ini.Nampaknya terpaksalah makan sorang2....

Sebelum nie ada buat tapi tak bubuh tepung ubi,bila dimakan rasanya seakan keras sikit.Tapi hari nie nak try resepi dari quinnie.Katanya dia pun dapat dari peniaga kuih.Mesti sedap kuih ini kalau dapat resepi dari orang yang dah selalu buat nie.....


Masa menggoreng tu elok jer dia punya bentuk,bulat jer dia kembang.....tapi bila dah disira dia jadi herot sana herot sini.......mane taknya,dah kene lenyek2 dgn sudip..hahaha.. Tapi yang penting kuih nie lembut didalam,mungkin sebab tepung ubi tu .....yang menjadikan isi dalamnya tak keras@liat......


Apa2pun thanks yea Qq sudi share resepi kuih keria ini..........Di sini jugak saya sisipkan resepinya utk tatapan anda semua.......

KUEH KERIA
Sumber:quinnie@myresepi

Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-cara:
  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Friday, 9 November 2012

Kek Coklat Lembap Kukus

Salam ceria buat pengunjung2 blog Semanis Epal Hijau,semoga semuanya sihat dan tersenyum manis2 belaka hari ini yea....tak salah kalau kita lemparkan senyuman yang manis,itupun satu sedekah kan!.....dapat pahala tauuu....

Projek hari ini nak mengukuslah....dah lama teringin nak buat,tapi asyik2 tertangguh jer......tapi hari nie nekad nak buat jugak,walau apa pun yang berlaku tetap nak teruskan jugak!......dan segala bahan yang tak de tu ,digantikan dengan bahan2 lain yang sama seangkatan dengannya.....example:coklat masakan tak de,gantikan dgn milo+coklat emulco+susu pekat manis.....sama jugak kan!.....

Resepi kek coklat moist nie memang banyak dah kat internet,tapi kali nie nak try resepi yang nie dan saya cnp dari blog Jemariasmara.Thanks yea Zefa Nurasmara utk resespinya........
Benda coklat yang tersusun tepi kek tu adalah gula2 denim......hahaha....bolelah tu  ,nak bagi kek tu berhias sikit....

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA
Sumber:Zefa Nurasmara@Jemariasmara.blogspot.com
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko-saya guna milo letak 1 1/2 cwn
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak 
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
  • 4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)
Cara-caranya:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja. 
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu tak lapik pun, sapu loyang dengan sedikit minyak je..)
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Ibu kukus 45 minit sahaja)
Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam
RESEPI TOPPING KEK COKLAT
  • 150 gm coklat masakan
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sb mentega
  • 1 sb susu pekat
* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Topping saya tak ikut resepi atas sebab tak de stok coklat masakan.Saya guna bahan2 yang ada kat dapur saya jer...

RESEPI TOPPING COKLAT/MILO
  • 5 sb serbuk milo
  • 5 sb susu pekat manis
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb air panas
  • 1 sk coklat emulco
Masukkan semua bahan ke dlm periuk dan cairkan dengan kaedah double boiler.

Thursday, 8 November 2012

Lemak kobis & tauhu


<Entry tertunggak>
Sesekali masak lemak pun sedap jugak!Anak2 paling suka ambil kuahnya jer,isinya mama jugak yang kena habiskan.....sebab tu kena masak cukup2 utk satu hidangan saja.....

Bahan-bahan:
  • Kobis Beijing
  • Carrot
  • Tauhu
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 2 ulas bwg putih-dihiris
  • sejemput ikan bilis
  •  santan
  • 1 biji cili merah -dihiris menyerong
  • Air & garam secukupnya
Caranya:
Masukkan semua bhn kecuali kobis ke dlm periuk dan didihkan.
Masukkan kobis dan perasakan garamnya.didihkan sekejap & tutup api.

Kerepek Sukun


Selamat petang to all my friend,moga2 sihat dan ceria selalu walaupun cuaca tidak menentu sekarang nie....kejap mendung,kejap hujan....kejap panas........maklumlah dah hujung2 tahun nie kan.

Ini entry ke 2 untuk hari ini.....Kerepek Sukun.Dulu time mengandung,saya memang  tak boleh makan banyak buah sukun.Haa..bila dah makan banyak tu mulalah angin satu badan.....yang tak tahannya bila dah jadi macam gastrik....Time tu dh tak leh nak buat apa2 dah,jam tu gak terus gi klinik dapatkan injection  buscopan....dah dapat injection tu baru lega.....Dan sekarang nie kalau nak makan pun kena beringat jugak,takut2 kena lagi..........tapi kalau buat kerepek,,tak jadi masalah,makan banyak pun takpe....



  
 Krap!krup!krap!krup!...tengah mengunyah kerepek sukun...Wow!sedapnyer.......
Lebihan daripada 1 biji buah sukun,sebelum nie ada goreng sikit....makan2 tak abislah pulak....maklumlah budak2 bukannya suka sangat,tapi kalau dibuat kerepek diorang makan.....1 balang pun boleh habis.......



 Sebelum digoreng tu saya lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit & garam,biar dia ada rasa masin2 sikit.....Ingatkan nak buat pengat sukun,tapi difikirkan balik..x jadilah..nanti tak de sapa pulak yang nak makan....kalau makan sorang2 tak best!....