Semanis Epal Hijau

Sunday 29 April 2012

6 Punca Ketenangan

  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi,
  • Sentiasa berzikir kepada Allah pada lisan dan hati.
  • Sentiasa mengawal perasaan marah.
  • Tidak terlalu mudah terpengaruh dan iri hati.
  • Sentiasa mengawal perasaan marah.
  • Tidak mudah buruk sangka tanpa dikaji.
  • Tidak terlalu cemburu kepada orang yang dikasihi



Sumber:Buku Diari Pengurusan 1998/1418-1419.

Tip Semasa hendak membeli HP




RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA



Sumber:http://www.facebook.com/mohonshare

Kesihatan - Susu ibu elak generasi obes

Sumber:Utusan Malaysia,24 April 2012.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN 
(Yang mengikuti Bengkel Pemakanan Awal Wyeth di Singapura baru-baru ini)
KHASIAT susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.

Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.

Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.

Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.

Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.

Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.

"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.

"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.

Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.

"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.

"Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.

Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.

"Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka," katanya.

Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal.

"Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.

Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.

"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.

Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.

Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.

Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.

Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.

Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.

Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.

"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.

Saturday 28 April 2012

Pucuk Paku Lemak Kuning


Kalau dulu2 tinggal kt kampung,boleh jugak petik kat belakang rumah@kebun.Sekarang nie,dok kt bandar,nak makan kena belilah.....




Pucuk Paku Lemak Kuning

Bahan-bahanya:
  • 1 ikat pucuk paku
  • Santan
  • 4 biji bawang merah*-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih *-ditumbuk
  • Ikan bilis*-ditumbuk
  • beberapa biji cili
  • Lobak merah-dipotong memanjang
  • sedikit kunyit hidup(ditumbuk) @ serbuk kunyit
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Masukkan santan  & bhn tumbuk ke dlm periuk.Reneh seketika.
  2. Masukkan garam dan lobak merah.
  3. Bila dh didih,masukkan pucuk paku,kacau dan padam api.

Friday 27 April 2012

Puding Roti Marble/Pelangi Kukus






3.30pm.
Sekarang nie tgh mengukus puding roti....sambil menunggu ianya masak,terus masukkan dulu resepinya dlm entry untuk petang Jumaat ini.....Sebelum nak buat tu ,banyak juga dah buat research dari google imej...last2 amik resepi dari kak fida@myresepi...resepi puding yg lain2 tu menggunakan serbuk agar2,memandangkan serbuk agar2 x de stok,so saya try resepi yg menggunakan bahan2 yg ada je kt rumah.....

Roti yang dah nak expired tu banyak lagi dan susu yang telah ditebuk pun masih banyak......x tau nak buat apa,so apa kata kita lunaskan dengan menyediakan puding roti untuk minum petang Jumaat ini,kan elok......daripada benda2 tu terbuang begitu saja......hihihi...




Puding Roti Marble/Pelangi Kukus
Sumber:Kak fida@myresepi

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 12 keping roti putih - disiat2
  • 2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
  • 4 sb susu manis
  • 1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 2 biji telur
  • 3 sb tepung jagung
  • 2 sb mentega/majerin
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
  • pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)
Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
  2. Kisar bahan2 tadi hingga halus.
  3. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
  4. Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
  5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang.
  6. Potong dan sajikan.

Thursday 26 April 2012

Pokok Gajus




Dan selamat petang semuanya....
Kali nie nak buat entry pasal pokok gajus pulak.Sebenarnya bukan ku yang tanam,pakcik 3 buah rumah dari rumahku yang tanam....mmg sgt rajin betul pak cik nie....pantang nampak tanah2 yg kosong,mesti ada saja yg ditanamnya,termasuklah pokok pisang,segala ulaman,pokok sukun pun ada....skrg nie pokoknya dh tinggi kalah tiang lampu dah.......
Pokok Gajus nie,sebenarnya ,pak cik tu tanam kat tepi2 jalan je,tp memandangkan pokoknya dh terlalu tinggi dan dahannya dh bercabang2 ,maka ada dahan2nya yg tesesat rmasuk ke dalam pagar di belakang rumahku..........tu yg dpt tgk2 dari jarak dekat.....mcm mane bentuknya,bunganya dan warnanya  apabila buahnya masak......(jakun,tak pernah nampak)

Info hasil carian dari google:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.


Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.


dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.Untuk info lebih lanjut lagi klik di SINI .

Ada beberapa biji buah gajus yang masih mentah lagi...kalau dah masak warnanya merah jambu....





Pucuknya boleh dijadikan ulaman,kekadang tu my hubby amik ,potong pendek2 dan makan dgn laksa penang....


Buahnya yang masih putik.....


nampak banyak juga bunganya ,tapi bila buahnya dh kemerah-merahan...gugur terus jatuh ke tanah....


Buah Gajus yang hampir masak berwarna merah.....



Pau Kelapa


4.00pm
Dan selamat petang.....
Dalam masa2 nie mesti ramai yang sedang berblogwalking kan...(maksud saya yg x bekerja),tp kalau yg tgh bekerja tu maybe lepas balik keje & selesai semua keje2 rumah serta tugas msk-memasak...@ sebelum nk masuk tido malam......x kisahlah janji dapat bukak blog sendiri pun dh cukup baguskan!.......hehehe....


Menu minum petang saya adalah kuih Pau kelapa.Kalau kuih pau ,anak2 mmg sukakannya,lg2 berintikan kelapa&kacang merah......Memandangkan kt dlm petisejuk tu masih ada lg lebihan inti kelapa tempoh hari,so x payah susah2 buat inti yg lain,amik yg itu saja....dan terus sumbat dlm pau,sebenarnya niat mmg nk perabiskan inti kelapa tu.....lg lama ianya tersimpan, lagilah nampak semak dlm petisejukku itu.......
Resepi ambik kat SINI. Tq yea Kak Ton untuk resepinya.....


Pau 

Sumber:Kak Ton @ myresepi 

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara:

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Wednesday 25 April 2012

Telur Kicap Madu


Dan selamat petang semua,moga2 sihat....
hari nie lunch telur masak kicap dengan madu dan bayam masak tumis air je....
Biasanya ,kalau telur saya masak sambal je,lgpun anak2 sukakan pedas2....tapi hari nie nak share pulak telur masak kicap dengan madu.......memang sedap!....mesti  kawan2  di luar sana pun dh pernah masak cam nie kan........





Telur Kicap Madu
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur(digoreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.
  • Sedikit daun sup @ daun ketumbar-utk hiasan


Bahan kisar:
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih

Bahan sos:
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 1 sb madu

Cara-caranya:
  1. Tumis bhn kisar dan masukkan kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.Biarkan seketika hingga sedikit kering.
  2. Masukkan bhn sos.Kacau rata dan masukkan air asam jawa.Biarkan seketika.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan telur yang digoreng tadi.Dan hiaskan dengan hirisan daun sup@daun ketumbar.


Tuesday 24 April 2012

Kuih Kaswi Gandum




Kelapa parut dah beli semalam,ingatkan nak buat kuih kaswi....tp x jadi...kerana masih ada lagi baki kuih koci,takut membazir pulak kan!,
So, hari nie plan nk buat kuih kaswi.....google punya google,terjumpa resepi kuih kaswi gandum nie kat blog Life Is Sweet.....resepi asal dari Chef Hanieliza.
Memandangkan orang kat rumah nie tak suka kuih lembik2,jadi saya buat 1/2 adunan saja.....Rasanya sedap,tak keras sangat sedang2 elok je,manisnya pun ok.....lain kali boleh try lagi.....memang sedap,rugi kalau x mencubanya....


Sumber Asal:Chef Hanieliza

Sumber cnp:asyifamustaffa@LiFe iS sWeeT


Bahan Sirap 
  • 5 cawan air 
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 cawan gula pasir 

Masakkan semua dan sejukkan


  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung ~ syifa dan saya pakai tepung ubi
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]  ~ x letak, x de stok kat rmh begitu juga saya
  • Kelapa parut ( yang muda) 
  • Sedikit garam 

Cara:

  1. Panaskan kukusan. 
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang] ~ syifa pakai acuan apam, 
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 
  4.  Masakkan sehingga masak [30 minit] 
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik. 
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. 
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Yang Tersirat Dari Hari

AHAD
Pada hari ini ;
  • Allah menjadikan alam,bintang,api Neraka,bumi yang tujuh,lautan yang tujuh,anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.

ISNIN
Pada hari ini ;
  • Nabi Idris dinaikkan ke langit.
  • Nabi Musa mengunjungi Bukit Tursina.
  • Bukti keEsaan Allah diturunkan.
  • Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.
  • Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Rasulullah s.a.w  wafat.

SELASA
Pada hari ini ;
  • Nabi Yahya wafat dibunuh.
  • Nabi Zakaria wafat dibunuh.
  • Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
  • Asiah,isteri firaun mangkat dibunuh.
  • Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
  • Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU
Pada hari ini ;
  • Qarun hancur binasa.
  • Firaun dan tenteranya ditenggelamkan.
  • Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
  • Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibril.
  • Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah dengan angin taufan.

KHAMIS
Pada hari ini ;
  • Nabi Ibrahim memasuki Mesir.
  • Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda.
  • Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
  • Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
  • Nabi Musa memasuki Mesir.
  • Nabi Muhammad memasuki Makkah.

JUMAAT
Pada hari ini ;
  • Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
  • Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
  • Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib.
  • Nabi Sulaiman berkahwin dengan Ratu Balqis.
  • Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah.
  • Ali Abu Thalib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah.

SABTU
Pada hari ini ;
  • Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
  • Nabi Salleh ditipu umatnya.
  • Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya.
  • Nabi Musa ditindas Firaun.
  • Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi.
Sumber: Sebuah Buku Diari Pengurusan 1998/1418-1419(Bitaqah Yaumiyah Pengurusan)

30 Akhlak Terpuji



Sekadar ingin berkongsi kepada pengunjung yang mengunjungi blog Semanis Epal Hijau.

 Akhlak adalah tingkah laku@perlaku,perangai dan sahsiah yang menjadi pegangan untuk seseorang  yang ingin berjaya di dunia mahupun di akhirat.Dan bagi menjamin kesejahteraan ,kebahagiaan dunia dan akhirat,marilah amalkan 30 Akhlak yang terpuji ini.InsyaAllah,moga akan diberkati hidup kita hendak-Nya.



30 Akhlak Terpuji

  1. Berani dalam segala hal yang positif,baik memperkatakan atau membela kebenaran dalam apa jua keadaan.
  2. Adil dalam memutuskan sesuatu tanpa membezakan kedudukan,status social ekonomi,mahupun hubungan kekeluargaan.
  3. Bijaksana dalam mengadapi dan memutuskan sesuatu.
  4. Mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
  5. Pemurah dan suka menafkahkan hartanya,baik pada waktu lapang mahupun susah.
  6. Ikhlas dalam melakukan setiap amal perbuatan semata-mata kerana Allah.
  7. Cepat bertaubat dan meminta ampun kepada Allah jika melakukan suatu dosa.
  8. Jujur dan benar
  9. Tenang dalam menghadapi pelbagai masalah tanpa berkeluh kesah.
  10. Amanah.
  11. Sabar dalam mendhadapi setiap cubaan atau melaksanakan kewajipan ibadah dan kebaktian kepada Allah.
  12. Pemaaf.
  13. Penuh kasih sayang dan belas kasihan.
  14. Lapang hati dan tidak membalas dendam.
  15. Selalu optimis menghadapi kehidupan dan penuh mengharap kepada Allah.
  16. Menjaga diri dari segala sesuatu yang dapat merosakkan kehormatan dan kesucian diri.
  17. Malu melakukan perbuatan yang tidak baik.
  18. Rendah diri.
  19. Mengutamakan perdamaian daripada permusuhan.
  20. Tidak rakus terhadap kehidupan duniawi.
  21. Reda atas segala ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.
  22. Setia terhadap teman,sahabat dan sesiapa saja yang berkait.
  23. Bersyukur atas segala nikmat yang diberikan atau musibah yang dijatuhkan dan berterima kasih kepada sesama umat manusia.
  24. Mengutamakan musyawarah dalam mengambil keputusan.
  25. Bertawakal setelah segala usaha dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
  26. Murah senyuman dan menampilkan wajah yang ceria.
  27. Menghormati dan menghargai orang lain.
  28. Menjauhi sifat iri hati dan dengki.
  29. Rela berkorban demi kepentingan dan kemaslahatan umat manusia dalam membela agama
  30. Sedia terhina,dihina atau rasa seperti dihina padahal sebenarnya diri dalam penghormatan kerana memahami tidak semua manusia lain ditemui itu juga berakhlak mulia.


Sumber:Sebuah Buku Diari Pengurusan 1998/1418-1419(Bitaqah Yaumiyah Pengurusan)

Sunday 22 April 2012

Tempe Goreng Berempah 2





Tempe adalah makanan yang berasaskan kacang soya dan popular dikalangan orang2 jawa...Tempe juga memberi banyak khasiat pada tubuh kita dan salah satu makanan yang mengandungi  bahan antioksidan.Jom kita tengok dulu info khasiat tempe dengan lebih lanjut...sila klik di SINI .

p/s:Saya mmg suka sgt tempe,lg2 kalau digoreng cam gini dan cicah ngan sambal kicap.....

Sumber Asal:shima27.fotopages.
Sumber:Koleksi Resepi Yus

Bahan-bahan: 
  • Tempe (saya potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk bilis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit ketumbar.jintan manis,jintan putih(ditumbuk halus)-saya tambah

Cara-caranya:
  1.  Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk.
  3. Satukan bahan-bahan yang lain bersama bahan yang dikisar tadi.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan tempe dan gaul lagi hingga sebati.
  6. Perap seketika tempe dalam 30 minit - 1 jam.
  7. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing.Angkat dan hidangkan dengan sambal kicap.

Kuih Koci Pulut Hitam


Kuih koci adalah salah satu kuih tradisional orang2 melayu yang sangat popular.Penyediaannya amat mudah,dan tidak memerlukan banyak bahan.Apa yg diperlukan hanya tepung pulut dan santan ,diuli hingga menjadi doh dan berintikan kelapa manis.Jumlah kalori yang terdapat dalam satu2 biji kuih koci adalah sangat tinggi iaitu 151 hingga 300 kcal.Untuk mengetahui jumlah kalori yang terdapat dalam sesuatu makanan sila klik di SINI .



Wah! tinggi juga kalori kuih koci ini....Sambil2 makan , ketahui juga jumlah kalori makanan yang kita makan.....elakkan makanan yang berkalori tinggi(boleh ke?... nak makan punya pasal ,dah tak fikir semua tu!.....hehehe....)

 Nie ,1st trial buat kuih koci ,selalu beli je kalau nak makan.....Kali nie nak buat sendiri,lagipun 3 hari cuti ,dok kt umah je......Che' Abg ku gi memancing dgn kawannya kat Tasik Banding....so daripada dok saja baik  buat sesuatu yang berfaedah kan!.....Biasanya bila balik dari mancing,banyak jugak ikan yg dapat,tp disebabkan saya x suka ikan2 tasik@sungai,so Che' Abang bg bahagiannya kt member2 dia......
Tp x taulah kali nie,maybe dia nk amik sikit kot bcoz sebelum Che'Abg pergi,dia dh mention nak buat ikan kukus....okkkkk full stop,kita alihkan pandangan sekejap ke resepi kuih ini pulak....
Thanks pada penyumbang resepi dan Kak Yatie kerana resepi kuih koci nie.....mohon di c&p di sini yea.....

Sumber:Kak Yatie@Sinar Kehidupanku
Resepi Asal:Mat Gebu@myresepi

Bahan-bahan ( 20 biji-akak dpt 25 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum- saya tambah
  • secubit garam-saya tambah
  • 1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam
Cara-cara

UNTUK INTI:- 
  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  4. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:- 
  1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.Saya tambah tpng gandum
  2. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  3. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  4. Kemudian lipat seperti biasa.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Saturday 21 April 2012

Segmen : Contest Ibu.... Kau Inspirasiku



Nak join klik SINI yea............



Terima kasih pada blog Just Tupperware & U kerana sudi menjemput saya untuk menyertai contest "Ibu.....kau Inspirasiku".

"Ibu...Kau Inspirasiku....
Aku adalah anak ke-2 daripada 10 orang adik-beradik.Walaupun kehidupan dulu tak sesenang sekarang,namun aku bersyukur kerana mak masih sihat dan masih lagi bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja bagi meyara 2 orang adik-beradikku yang masih  bersekolah.

Curahan kasih sayang mak membuatkan diriku sedar betapa aku sangat menyayanginya walaupun ada ketika itu mak meninggikan suara tanda marah padaku.Mungkin ada sesuatu perkara yang aku buat tidak disukai olehnya.

Pengorbanan mak selama membesarkan kami adik-beradik akan aku kenang dan ingat sampai bila-bila.Ketika dulu mak sanggup melakukan  dua kerja dalam satu hari.Seawal jam 3.00pagi mak sudah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah dan pulangnya pun seawal jam 5.30pagi.Arwah abah pula akan menyambung kerja menoreh yang telah ditinggalkan oleh mak.Selepas pulang dari menoreh getah,mak akan bergegas untuk ke tempat kerja yang satu lagi(kilang kayu).Lewat petang  baru mak pulang.Begitulah rutin harian mereka.

Dalam serba kekurangan ,mak masih memberi kami wang saku sekolah.Mak tidak pernah kenal erti penat,kadang2 tu mak ambil upah buat kuih untuk dihantar ke kantin sekolah.

Sekarang ini mak tinggal tanpa ditemani abah(meninggal akibat dipukul oleh pesakit yang mabuk ketika sedang bekerja di Hospital Segamat ,kira-kira 4 tahun yang lalu).Masih ada lagi dua orang adikku yang masih bersekolah.

Walaupun sekarang ini mak tinggal dengan dua adikku,namun mak masih mengharapkan kepulangan anak-anaknya terutamanya di saat mak memerlukan.Pernah mak mengajukan satu pertanyaan padaku.....Katanya,aku adalah antara salah seorang anaknya  yang susah sangat nak balik kampung,setahun sekali je"......Bukan itu niatku,tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian.Sibuk dengan tugas pun yea,selain itu tahun ini adalah tahun cabaran bagiku kerana dua orang anak daraku akan menduduki peperiksaan UPSR.

Walau sesibuk mana pun,aku sebagai seorang anak mesti mencari masa untuk selalu menziarahinya.Tak pe,lepas nie kena telefon mak,tanya khabar mak,dah makan ke belum ?...tengah buat apa sekarang?....dan banyak lagi persoalan yang akan diajukan padanya.
Tak pun guna skype @whatsapp messenger..hehehe(Nasib baik kat kampung ada WIFI)...Sayang Mak!...tapi tak pernah pun peluk @ cium pipi mak,itupun masa kecik2 dulu.Dah besar nie rasa segan pulak!.....

Tag:





           





Segmen : Jom Singgah Blog Saya


Nak join lagi segmen dari Chegu Zubir Dot Com.
Sapa yang nak join klik SINI yea!...... sebelum 27 April 2012.

URL Semanis Epal Hijau:http://hanasafirahidayah.blogspot.com/

Acar Timun

Timun adalah salah satu makanan ulam-ulaman yang memberikan banyak khasiat kepada kita.Ketahui lebih lanjut khasiat timun klik SINI.Selain dimakan mentah,timun juga boleh dijadikan sebagai masakan.

Salah satu daripadanya adalah acar timun.


Penyediaan acar timun sangat ringkas dan mudah.Acar timun ini sesuai sangat dimakan dengan nasi hujan panas. .........amik resepi dari blog Potret Kasih.Tq kak resepinya....dulu2 pernah wat ikut resepi mak,tp kali nie nak ikut resepi blog ini pulak......



Acar Timun

Bahan-bahannya:

  • 1 biji timun ( potong memanjang)
  • 2 batang karot (potong memanjang)
  • 1 labu bawang besar ( hiris nipis)
  • 1 biji cili merah( dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis 1/2 cawan)

Cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
  2. Hidangkan bersama nasi tomato, dalca dan ayam masak merah.