Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 30 March 2012

Zikir Harian

Menzikiri Allah adalah satu dari cabang iman di dalam Islam yang diperintah amalkan oleh Allah kepada setiap umat Islam sepanjang hidup.Oleh itu,biasakanlah lidah anda bersama suami,isteri dan anak-anak serta keluarga menzikiri Allah yang ditunjukajarkan kepada umat Islam oleh ulama besar Imam Al-Ghazali melalui kitabnya Al-Ihya' Ulumuddin hampir-hampir 1000 tahun yang lalu.


Susunan zikir tersebut terdapat di dalam entri ini.


Selalu mengingati Allah(menzikir)Allah di dalam setiap keadaan dan di mana sahaja anda berada.Semoga kita diingati dan dirahmati Allah.Amin.


Hiaskan diri anda dengan zikir-zikir sekurang-kurangnya 1000 kali sehari,andainya tidak terdaya janganlah tinggal semua.Berzikirlah mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.

___________________________

JUMAAT


YA ALLAH


Fadhilatnya:
Allah  akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya.


__________________________________


SABTU


LAA ILA HA ILLALLAH
Fadhilatnya:
Setiap satu kali kita menyebutnya,Allah akan hampir kepada kita & Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

___________________________________

AHAD

 YA HAYYU YA QAIYYUUM
Ya Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Fadhilatnya:
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

_______________________________


ISNIN

 


LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA

HIL A’LI YIL A’ZIM

Tidak ada daya upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan & mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Fadhilatnya:
Setiap bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud & Menghindarkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita.


______________________________


SELASA

 ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LA AALII MUHAMMAD..
Ya Allah kurniakan kesejahteraan keatas Nabi Muhammad,keluarganya dan para sahabatnya.
Fadhilatnya:
Setiap satu kali bacaan,Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan & Allah akan Menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.

--------------------------------------------------------

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
 ASTAGHFIRULLAH HAL A’dZIM
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong Yang tiada tuhan selain dariNya yang hidup/yang mengurus & aku bertaubat kepadaNya.
Fadhilatnya:
Setiap kali bacaan,Allah akan menghilangkan satu titik hitam di dalam hati.


______________________________

KHAMIS

SUBHANALLAH HIL A’ZIMI WABIHAMDIH
Maha suci Allah & Dengan kepujiannya,Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
Fadhilatnya:
Setiap satu kali bacaan,Allah mengampunkan dosa kita Sebanyak buih dilautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.


--------------------------------------

"SELAMAT BERAMAL"


--------------------------


p/s Sumber didapati dari buku kecil yang mengandungi zikir-zikir harian.Oleh-oleh dari jemputan kahwin.


*********************************************************


Terima kasih kerana klik  enrty ini.

myda_ahmad

********************************





Thursday, 29 March 2012

Paprik Campur

Dan selamat petang......
nak letak N3 paprik,yg masak tgh hari tadi......
mmg suka2 sgt mkn paprik....
kalau mkn kt kedai...x sah kalau x order paprik.....
mmg favourite kami sekeluarga.....
kalau wt sendiri lagi puas hati,dpt ++ nasi,........
nk mkn bnyk kali pun boleh......

Bahan-bahan:
Ayam-bhgian dada(potong kecil2)
sedikit daging & udang
1 biji bawang kuning-hiris nipis
3 ulas bawang putih-diketuk
2 sb serbuk cili
1 sb sos ikan
3 sb sos cili thai
1 sb kicap cair
1 sb sos tiram
2 btg kacang panjang-potong pendek2
1/2 btg carrot-potong memanjang
1 btg cili merah-potong menyerong
1/2 kiub pati ayam
Air & minyak secukupnya


Cara-caranya:
1.Panaskan sdikit minyak.Goreng daging,udang & ayam hingga masak.
2.Masukkan bwg putih,biarkan seketika.,serbuk cili,sos ikan,sos tiram,sos cili &kicap cair.
3.Tambahkan sedikit air,masukkan kiub pati ayam dan kacang panjang& carrot,cili merah serta bwg kuning.Kacau rata & angkat.


********************************************************

myda_ahmad
***********************************

Kuih Siput lagi...

 Assalamualaikum.....
Minggu lepas dh buat kuih siput nie,tapi x cukup....rasa mcm nk makan lagi...
wt nya pun x susah,cuma perlukan sikit kesabaran utk menggentelnya........
so,this week wt lagi...baru wt 2 hari lepas.....masih  lagi menggunakan resepi Syahmi@myresepi.com....
cuma ada ++ sikit bahan2 nya......kali nie wt nk letak ketumbar sikit.....



Kalau nak tgk resepi bolehlah klik  SINI dan SINI.

*********************************************

myda_ahmad

******************************

Mee Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis....
Bf kami hari nie .....Mee Goreng.
Lagipun dh lama x makan mee goreng,asyik2 bihun goreng je....,nasi lemak....jemu jugak!


Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning-basuh & toskan
1 bawang besar-ditumbuk
3 biji bawang putih-ditumbuk
2 papan fishcake-dipotong2
6@7 biji fishball-dipotong
sedikit udang & kerang
2 sb serbuk cili kisar
sedikit belacan
1/2 kiub pati ikan bilis
Air & minyak secukupnya
Sawi dan taugeh


Bahan sos:
1 sb sos  tiram
3 sb sos cili thai
4 sb kicap manis
1 sb sos ikan


Cara-caranya:
1.Tumis bawang merah & bwg putih yg ditumbuk.Masukkan belacan , kiub pati ikan bilis & serbuk cili kisar.
2.Masukkan fishball& fish cake serta udang dan kerang.Biarkan sebentar hingga masak.
3.Masukkan semua bhn sos  dan sedikit air,kacau rata,kemudian masukkan mee kuning&kacau lagi.
3.Masukkan sawi & taugeh.Kacau sebati.


*****************************************************
myda_ahmad

*****************************

Saturday, 24 March 2012

Kuih Siput

Assalamualaikum dan salam pagi sabtu ...
Cuaca agak mendung kt sini...nak kata hujan x pulak awan gelap..
kelibat sang suria jauh sekali,kelihatan langit  keputih2-putihan....nak kata jerebu,x taulah nk kata....
Ok..semalam diri nie dh tersgt rajin,walaupun hari raya jauh lagi,dek kerana anak tekakku yang gatal sgt2 nk mengunyah2 kuih siput...... dulu2 mak wt kuih siput nie,dia letak ketumbar....tp 1st time nie, nk try yg nie dulu....


2 jam kemudian...
dh siap menggentel!..time menggoreng pulak.....
haaaa...siap pun...time nak merasa pulak...sedap jugak! ,kerangupannya pun ok....
Anak2 suka jugak makan...masa memula nk wt tu.....kedengaran juga  kata dari anakku yg no 2.


"Eeeee....tak nak lah makan...geli....",katanya.Ku hanya mengabaikan kata-katanya dan ku tahu dia akan makan juga kuih siput yang ku buat nie.
pastu,dia suruh wat bentuk lain lak....bentuk mcm jejari udang tuuuu.....
"okkkkk! lain kalilah mama wt ",jawabku.
dia pun rajin menolongku menggentel kuih siput nie.....
Dah banyak wt research kt blog2 masakan....finally,amik resepi kt SINI juga.Tq yea Syahmi kerana berkongsi resepi....mohon c&p kat sini ,untuk rujukan anak2 dikemudian hari....



Baru habis menggentel....belum digoreng lagi...



ini yang dah siap digoreng.


Sumber:http://www.myresipi.com/top/detail/2371

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih -(saya guna yg biji2,tumbuk halus)
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris ) -saya x letak
  • Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.
*****************************************************

myda_ahmad

******************************


 

Thursday, 22 March 2012

Jalan-jalan Bukit Tinggi,Pahang

Assalamualaikum...
Tarikh:7 Februari 2012
Hari:Selasa

Walaupun bukan cuti sekolah yang panjang,hanya cuti hari kelepasan am ,ku dan family sempat lagi jalan2 .....
Balik dari keje jam7.00am,ku terus bersiap utk gi ke Bukit Tinggi...
makanan ku masak kt rumah....alah ,masak simple2 je....bihun goreng dan kentang wedges.
Sebelum nak masuk,kena bayar dulu....dewasa RM 8.00 seorang,kanak2 ..?alamak x ingatlah pulak,berapa yerk?Di sana ada Japanese Village...
bayaran utk sewa baju kimono RM 20.00..lehlah tangkap gambar ngan baju kimono tu...
Keadaan cuaca yang panas terik,memaksaku utk berjalan ngan pantas bagi mendapatkan tempat2 yg berteduh...



Ikan2 koi yg terdapat di kolam perkampungan jepun.














Ni bukan kuda betul yea...

Makanan kt situ mahal2 belaka...
nasib baik kubawa bekal dr rumah,lehlah makan anak-beranak.....
Dah puas berjalan ,kami pun bergerak utk pulang...bcoz mlm nk keje pulak.....
penat2 berjalan,tp seronok dah dapat tengok bangunan2 yang cantik2 tu...
selalunya tgk kt tv je....

********************************************************
Terima kasih kerana klik entry ini.

myda_ahmad

***************************


Kelebihan belimbing buluh

Gambar dari Google


 Belimbing buluh amat sedap untuk dibuat sambal atau dimasak gulai lemak kuning atau masak lemak cili padi. Namun belimbing buluh juga mempunyai keistimewaannya yag tersendiri.

Andai menghadapi masalah kuku kelihatan pudar,anda boleh mnecuba petua ini.Untuk mengembalikan semula warna kuku kita agar kelihatan jernih dan seakan-akan merah jambu,tenyeh-tenyehkan belimbing sehingga keluar airnya pada kuku kita.Lakukan beberapa kali dan bilas dengan air bersih.Insyaallah kuku kita akan berseri semula.
Info dari Majalah SAJI (November 1999)

Wednesday, 21 March 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Assalamualaikum dan selamat petang.....

Dah lama kepingin nak buat lapis nie.....
selalu juga jenguk2 kat rumah DJ,kadang2 dok kt umah kak Kak Yatie....mentelaah bhn2 yg patut digunakan.....
selagi x buat, selagi tulah asyik bertandang ke umah diorg....
hari nie dan tika ini,telah memulakan projek mengukus.....
baby dh tidoq,dh x de sapa kacau,so kena wt cepat2 .......
buat 1/2  adunan saja....





Resepi:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kuih-lapis-seri-wangi.html
Sumber :http://dayangjack.blogspot.com/2012/02/kuih-lapis-seri-wangi.html
Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je) -saya guna coklat emulco juga
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.
**********************************************************

myda_ahmad

***************************

Jalan-jalan ke Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh

Assalamualaikum....
Sambungan dari N3 lepas...Percutian 2 hari 1malam( Bandaraya Ipoh).
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Info seterusnya lihat SINI.


Harga tiket :
RM 1.50 (kanak-kanak 3-15 tahun)
RM 3.00 (dewasa)
RM 1.50 (warga emas 55 tahun ke atas)


Waktu operasi :
Isnin-Khamis : 8am-12pm, 1.30pm-7pm
Jumaat : 8am-12pm, 3pm-4pm
Sabtu,Ahad,Cuti umum : 8am-6.30pm


Sebelum kami bertolak pulang ke KL,kami singgah sini kejap...
jalan2 sambil menikmati keindahan alam.....
kena naik bot utk sampai ke taman di seberang sana...
tambangnya pun murah......berbaloi jugak!....
di kawasan jeti...menunggu bot sampai ....tiket dh beli dh....

Air Terjun Gunung Lang.
Ikan-ikan yang terdapat di Tasik Gunung Lang.
Anak2 memang seronok dan teruja dapat naik bot....


satu bot je dah penuh kami anak-beranak...jaket keselamatan mesti pakai...


Dah sampai ke jeti ....Taman Rekreasi nie penuh dengan keindahan dan kehijauan alam semulajadi .

Hidupan yang terdapat di tasik Gunung Lang.

Ikan -ikan menanti untuk diberi makan....

Di hujung sana,adalah jeti yang kami mula naik bot.
Taman Permainan kanak-kanak.


Cik Fifi sedang berlari ke arahku....

Burung unta juga turut terdapat di sini.

inilah diriku...
Asma dan fifi...



ketika menunggu bot tiba utk kembali ke jeti di seberang sana.

Kawasan jeti.

yang berada di jeti itu adalah Wawa....


Air terjun di Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh.

Banyaknya ikan...masing2 x mau ketinggalan untuk beri ikan makan..


kehijauan dan keindahan alam.



Pandangan dari atas rumah ..


nie dah penghujung taman...
.......dah puas berjalan dan kami seronok datang ke sini.....
akhirnya,kami pun pulang dengan membawa banyak kenangan indah bersama keluarga....

**********************************************************


Terima kasih kerana klik entry ini.

myda_ahmad

**************************