Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 31 December 2011

Roti Goreng Telur

Assalamualaikum....
Roti goreng telur nie adalah makanan favourite anak2 saya....biasanya kalau anak2 x nak makan malam ,saya akan goreng roti dengan telur je....sekejap je dh licin.....

Bahan-bahannya:
Roti gardenia
2 biji telur*
1sb mayonis*
1sb cili giling@kisar*
sedikit garam*
minyak

Caranya pun mudah saja,campurkan kesemua bhn bertanda *.Kacau rata.Celupkan roti ke dlm telur td dan goreng dengan minyak yg sedikit.

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum....
Petang nie nak post menu lunch tgh hari tadi.Jom,kita tgk gambar dulu yea....
Tak cantik mana pun gambar yang saya snap,guna kamera hp je....




 Ayam Masak Kicap
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam(dipotong 10)
Serbuk kunyit
Garam
______________________
 1 biji bawang kuning besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 biji lada merah(potong 3 memanjang)
1inci halia(dihiris@diketuk)
1 inci lengkuas(diketuk)
1 biji tomato(potong 4)
bunga lawang,kayu manis
5sb sos cili
2 sb sos tiram
1sb sos barbeku pedas
5 sb kicap manis
2 sb sos lada hitam
sedikit air
minyak

Cara-caranya:
1.Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.Goreng hingga kekuningan.
2.Tumiskan bawang besar,bawang putih,lada merah,kayu manis,bunga lawang,halia dan lengkuas.
3.Masukkan sos lada hitam,sos cili,sos tiram sos barbeku pedas dan sedikit air.
4.Akhir sekali,masukkan ayam yg digoreng tadi.


Taugeh Goreng dengan Brokoli

****************************
myda_ahmad

******************

Selamat Tinggal Tahun 2011

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.....
Detik jam 12.00 malam nie bermulalah kedengaran percikan bunga2 api yg berlaku di sana-sini.....ini menandakan kita telah masuk Tahun Baru 2012......Semoga Tahun 2012 akan memberi sinar kegembiraan dan dilimpahi keberkatan dariNya.....
Tahun nie adalah tahun yg penuh dengan debaran bagiku kerana tahun nie 2 orang anakku akan meduduki UPSR....walaupun diorg bukan kembar seiras@ tak seiras ,tetapi masih boleh dianggap kembar juga kerana diorang lahir pada tahun yang sama.Nak kata apa yerk?Kembar tahun kot.....Seorang lahir bulan Januari dan seorang lagi lahir pada bulan November dalam tahun yang sama.Apa-apa pun yang penting usaha,buat yg disuruh,tinggalkan yang dilarang,berdoa,bertawakal dan yang lain2 tu berserah kpd Nya......
Walaupun masih jauh lagi utk meduduki UPSR,tetapi debaranku  tetap ada.Ingin melihat anak2 ku berjaya seperti anak2 orang lain juga....
Ya!Allah terangkan hati anak2ku dan berikan lah yang terbaik untuk mereka dalam menghadapi apa jua dugaan...


-------------------------------------------------------
myda_ahmad

-------------------------

Karipap Rangup

Asalamualaikum dan selamat petang...
Hari nie saya nak mengupdate kuih karipap rangup.Karipap nie  dah 3 hari yang lalu saya buat,itupun masih ada lagi  yg disejukbekukan.Anak2 kurang suka dengan kuih nie....pulak tu dah terbuat banyak.Tp tak apalah mamanya juga yang kena makan sorang2.Sebelum nak buat tu ada godek2 dari blog Bukan Sekadar Masakan ,terpegun tgk karipap yg Ros buat...nampak rangup......Menurutnya,dia juga merujuk kepada sumber asal karipap ini dari Kak Alongroz Home Kreation (blog resepianakbapak@blogspot.com)


Terima kasih kepada tuanpunya resepi ini dan rujukan yang saya buat daripada blog Bukan Sekadar Masakan.


Ini karipap yang buat terus goreng
Ini pula gambar karipap yg telah disejukbekukan 2 hari ..pagi tadi baru digoreng....

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Sumber2:blog Bukan Sekadar Masakan.(http://www.jintanmanis.com/)



Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Thursday, 29 December 2011

Ikan Asam pedas

 Assalamualaikum dan selamat petang ....
Alhamdullilah segalanya berjalan lancar dan  persiapan utk persekolahan anak2  pun telah beres,dan tinggal 2 hari lagi kita akan meninggalkan thn 2011 dan akan melangkah  masuk ke thn baru 2012...
Diucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pelawat2 blog Sejambak Mawar Merah.


Oklah berbalik pada N3 asal,menu utk lunch semalam....adalah ikan asam pedas.Asam pedas adalah masakan favourite saya ,x kiralah ikan @ ayam.Tapi kalau ikan,anak2 memang kurang suka makan.diorg kata banyak duri,susah nak makan@takut tercekik duri ....macam2 lah alasan....sebab tulah kalau shopping barang dapur je ikan kurang diberi perhatian....inikan lagi daging jauh sekali....selalunya beli ayam......
Bahan2 nya:
3 ekor Ikan kembung(dipotong 2)
daun kesum
1 inci lengkuas(diketuk)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1/2 sk serbuk kunyit
2 cawan air
1 asam keping
sedikit garam dan bahan perasa
1sk gula
2 sb cili kisar@giling

Cara2nya:
1.Tumbuk halia,bawang merah dan bawang putih .
2.Panaskan minyak ,tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi hingga kekuningan.
3.Masukkan cili kisar@giling,kemudian masukkan air.
4.Masukkan garam ,gula ,bahan perasa,asam keping ,lengkuas ikan dan daun kesum.

*********************************************
myda_ahmad

****************

Masak simple2 ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari nie x de mood nak masak,cuma masak yg simple2 je dan cepat....begitu juga dengan mood menaip....apa-apa pun jomlah kita tgk menu apa yg dikatakan simple itu!......
Antaranya adalah........jeng3....


 Ikan Masak Lada Hitam
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:

  • 3@4 ekor ikan kembung(digoreng)
  • 1 ulas bawang kuning besar(dihiris )
  • 2 ulas bawang putih(diketuk)
  • 1 inci halia(diketuk)
  • 1 biji lada besar(dibelah 2)
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb sos lada hitam
  • 2 sb kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • sedikit air

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang merah besar,bawang putih dan halia,kemudian masukkan lada merah.
  2. Masukkan sos tiram sos lada hitam ,kicap manis dan sedikit air serta garam.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg digoreng.


 Tempe & Tauhu masak sambal
Bahan-bahannya:

  • 1 keping tempe(dipotong kecil2)
  • 1 biji tauhu(dipotong kecil2)
  • 1 biji bwg kuning-hiris
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • 20 tangkai cili kering-rebus jap,bersihkan,tos dan blender*
  • sedikit garam dan bahan perasa
  • minyak
 Cara2nya:

  1. Blender bhn2 *.
  2. Tempe dan tauhu digoreng.
  3. Tumiskan bhn blender, biarkan hingga terbit minyak,masukkan,garam dan bahan perasa.
  4. Akhir sekali,masukkanbwg kuning,tempe dan tauhu.Kacau rata.

Kobis Beijing goreng belacan

Bahan2nya:
  • Kobis beijing(dipotong )
  • 2 inci lobak merah(dipotong menanjang dan nipis2)
  • 1 biji bawang kuning besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 biji lada merah(dihiris nipis2& serong)
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • minyak
  • sedikit garam dan bahan perasa


Cara2nya:
  1. Tumis bawang besar,bawang putih ,ikan bilis dan sedikit belacan.
  2. Masukkan  lobak merah ,lada merah dan kobis.Masukkan garam & bahan perasa .


**********************************************
myda_ahmad

****************



Saturday, 24 December 2011

Ikan Kembung Rebus Bercili

Assalamualaikum dan selamat tengahari......
Hari ini cuaca x panas dan tak hujan ...nampak mendung je....matahari langsung tidak kelihatan.....
Kalau nak ikutkan kain baju kat ampaian tu tak akan keringlah jawapnya dengan  keadaan cuaca yang lembap nie....
Kalau tido mesti best,tapi apakan daya kena gi shopping barang-barang dapur....termasuklah beli ikan kembung rebus nie....nak cuba masak bercili....


Bahan-bahannya:
5 ekor ikan kembung rebus
1 biji tomato(potong 4)
1/2 biji bawang besar(dihiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
3 biji lada merah
sedikit belacan
sedikit garam dan perasa
sedikit air asam jawa
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:
1.Ikan kembung rebus digoreng sebentar.
2.Tumbuk cili hijau,lada merah, bawang merah dan bawang putih serta belacan.Tumbuk hingga lumat.
3.Tumis bahan yang ditumbuk.Masukkan air asam jawa, garam dan perasa.
4.Masukkan hirisan bawang besar dan tomato.Angkat dan tuangkan kedlm pinggan yg berisi ikan kembung tadi.

****************************************
myda_ahmad

*****************





Mee Sup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Menu nie pun dh seminggu lebih jugaklah saya masak....memandangkan masa tu terhad .....busy dengan shopping baju2 sekolah,alat2 kelengkapan sekolah,buku2 dan keperluan lain.So hari nie baru dapat updatekannya....

Mee Sup
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
1 mangkuk ayam(dipotong kecil2)
2 ulas bawang putih(diketuk)*
1 inci halia(diketuk)*
1 kuntum bunga lawang *
4@5 cawan air
3 kiub ayam knorr*
3 sb serbuk pati sedap*
1 biji limau nipis(ambik airnya)
1 sk gula*
Garam*
1 biji tomato(potong 4)
Taugeh
Bawang goreng

Cara-caranya:
1.Celurkan mee.
2. Masukkan air kedlm periuk dan rebuskan ayam sekali.
3.Kemudian masukkan semua bhn yg bertanda*.Reneh hingga ayam lembut dan masak.Last sekali masukkan tomato.Masukkan mee dan sup kedlm mangkuk serta taburkan bawang goreng dan taugeh.Perahkan limau(ikut suka).


*****************************************************
myda_ahmad

******************







Telur Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...
Hari nie 24 Disember,walaupun esok cuti umum,namun saya tetap kerja juga...maklumlah kerja klinik,x pernah tutup melainkan cuti Hari Raya....Esok kena masuk keje petang dan malam.Ini bermakna saya kena bekerja selama 16 jam sehari.....tapi x apalah sok double pay....yeah!....
Berbalik pada menu lunch hari ni...simple je....malas nak masak coz hari nie ada pasar malam....kalau masak banyak2 lauk pun,anak2 bukannya nak makan sangat,mereka mesti cari telur jugak.....yg senang dan simple saya masak telur lada hitam saja....

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1/2 ulas bawang kuning besar(dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji lada merah(dihiris)
Sedikit hirisan lobak merah
5 sb sos lada hitam
3sb kicap manis
sedikit halia(diketuk)
sedikit air
garam
minyak utk menggoreng

 Cara-caranya:
1.Telur digoreng sebiji-sebiji.Goreng hingga habis.
2.Tumiskan halia,bawang putih,kemudian masukkan hirisan bawang besar,lada merah,lobak merah dan sedikit air.
3.Masukkan sos lada hitam,kicap manis dan garam.Bila dh masak,tuangkan kedalam pinggan yg berisi telur goreng tadi.

Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum....
N3 kali nie adalah Ayam Masak Lada Hitam.Sebenarnya masakan nie saya masak minggu lepas cuma x sempat nk updatekan.....jom tgk bahan-bahannya...



Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahannya:
1 mangkuk ayam
Lobak merah(dipotong panjang2 dan nipis)
1 ulas bawang kuning besar(di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato(potong 4)-utk hiasan)
1 biji lada merah besar(potong nipis)
2 sb sos tiram
4 sb sos lada hitam
2 sb kicap manis
1 sb lada hitam(ditumbuk halus)
1sk serbuk pati sedap
Daun salad(utk hiasan)
minyak utk menumis
Garam
sedikit air

Cara-caranya:
1.Ayam dipotong kecil,basuh dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam.Goreng hingga 
sedikit kekuningan.Masukkan bawang putih yg diketuk.
3.Kemudian,masukkan sos tiram,sos lada hitam,kicap manis,lada hitam yang ditumbuk,serbuk pati sedap dan air.Masukkan sedikit garam.
4.Masukkan lobak merah dan hirisan bawang kuning besar serta lada merah.Kacau hingga masak.Angkat dan hiaskan dengan daun salad dan tomato.
Selamat menjamu selera...............

****************************************************
myda_ahmad

*****************







Taugeh Goreng Sawi

 Assalamualaikum ....
Sayur Taugeh adalah salah satu sayuran favourite kami sekeluarga....sama ada dimakan mentah @dimasak...
harganya pun murah....bila gi pasar@kedai runcit tak perlu ambik banyak2....coz taugeh nie tak tahan lama,ia mudah lembik@layu....saya ambik sekadar nak masak utk time lunch je.....@sayur taugeh nie boleh juga dimasak dengan menambahkan sayur sawi ,cendawan @carrot....ke dlm masakan tersebut.Masaknya mudah saja...tapi x apalah kan saya sertakan juga utk panduan anak dara saya.......tp sekarang nie pun anak dara saya rajin ke dapur ..tolong mamanya masak....
 Taugeh Goreng Sawi

Bahan-bahannya:
Taugeh
sedikit sawi(dipotong pendek2)
1/2 ulas bawang besar-(dimayang)
3 ulas bawang putih(dimayang)
sedikit ikan bilis
1 biji lada merah besar(dihiris nipis)
Garam dan bahan perasa
1 sb sos tiram
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
1.Panaskan kuali,goreng sebentar ikan bilis,masukkan bawang merah dan bawang putih.Goreng hingga kekuningan.
2.Masukkan sayur sawi,taugeh dan lada merah  besar.
3.Masukkan sos tiram,garam dan bahan perasa.Goreng sebentar dan angkat.

Tuesday, 20 December 2011

Aiskrim Roti

Assalamualaikum....
Pagi tadi ,lepas balik keje je terus sambung tidur sampai pukul 10.30am....tidur sambil2 menyusukan anak.
Dalam pukul 11.00am nanti nak kena pergi ke JPJ....nak tukar nama....kereta Honda Civic tu,dah ada orang beli...disebabkan kereta tu atas nama saya so saya kena jugak pergi ke sana utk sain beberapa dokumen....punyalah ramai orang...lama juga menunggu....nie dh dkt kul 1..pm,perut dah lapar,lum masak lagi.....balik dari JPJ terserempak  pula dengan motosikal yang jual aiskrim....anak2 mintak aiskrim...hubby pun beli....alangkah leganya tekak ,dapat makan aiskrim roti....


Nyummy...nyummy...

****************************************************
myda_ahmad

*********************

Moist Chocolate Cake....resepi dari Kedai Yummie Bakery

Assalamualaikum .....sekarang nie,kalau petang2 je mesti hujan....kalau tido nie mesti bestkan.....dahlah malam tak boleh nak tidur lena,kalau tido lena jugak alamat patient yang datang mesti marah2 kerana lambat bukak pintu....
Berbalik pada N3 hari ini ....sebenarnya dh buat dari semalam cuma  tak sempat nak masukkan dlm blog....semalam sibuk nak jalan2,maklumlah hubby kata ada kedai buku yg dh nk tutup,kemudaian dia adakan sale sehingga 80 %....nak jugak tgk buku2 apa yg ada kat sana.....tapi banyak yg dh habis,saya cuma cari2 buku2 resepi aje....itupun ada 3@4 buah,yg lain2 tu buku2 tulisan english ,malas nak ambik......

Tepung kek nie saya beli yang readymixed di kedai Yummie Bakery dan telah disertakan bahan-bahan yang patut ditambah....

Moist Chocolate Cake


 Bahan-bahannya:
500gm tepung readymixed moist chocolate cake
200gm telur(saya letak 4 biji )
200gm air
200gm corn oil/butter(saya letak butter)
sedikit chocolate rice

Bahan-bahan Topping
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan vico(saya guna vico,tu yg nampak toppingnya colour coklat2 ,tak nampak gelap)
1 sb butter

Tepung Kek coklat moist yang saya beli dari Kedai Yumie Bakery
Cara-caranya:
*saya guna blender je....
1.Blender telur dan mentega dan sampurkan air.
2.Tuang ke dlm mangkuk dan masukkan tepung readymixed.Kacau sebati.
3.Sapukan loyang dengan sedikit butter.Panaskan oven.
4.Masukkan adunan tepung kedlm loyang.bakar selama 45 minit.

Cendawan Goreng

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
Alhamdullilah ..tinggal di kawasan Bangi nie memang tak pernah putus2 dengan pasar sama ada pasar tani atau pasar malam....hari2 ada pasar malam.Fasa 1 setiap hari Selasa,Khamis dan Sabtu.Fasa 4 pula setiap hari Isnin dan Rabu.Orang yang duduk kat BBBangi nie memang puas makan...dan tak susah nak cari makanan....berhadapan pula dengan medan selera.....Kalau dulu2 memang tak pernah makan cendawan goreng,biasanya cuma masak pun untuk sayur@ sup sahaja....
N3 kali ini adalah Cendawan Goreng.... anak2 memang tak makan cendawan tp kalau digoreng dengan tepung,diorang mesti makan......start dari ayahnya yang kebetulan singgah di pasar malam dan beli secawan 2 cendawan goreng,mulanya anak2 ambik seketul 2 tapi lama kelamaan ,sudah menjadi makanan favourite diorang.....kalau beli kat pasar malam tu 1 cawan harganya RM1 dan kalau kat polisterin kecil RM2.....tak banyak mana pun isinya...sekali ngadap dengan anak2 je dh habis.....daripada asyik beli saja baik buat sendiri,tak susah pun masaknya.....jom kita tengok bahannya.....


Cendawan Goreng
Bahan-bahannya:

  • Tepung Goreng serbaguna jenama Nona
  • Cendawan
  • 1 biji telur
  • Minyak utk menggoreng



Cara-caranya:

  1. Basuh dan bersihkan cendawan.Toskan dan siat kecil-kecil.
  2. Pecahkan telur dan masukkan kedlm mangkuk yang berisi cendawan.kacau.
  3. Taburkan tepung serbaguna tadi ke dlm mangkuk yag berisi cendawan.
  4. Panaskan minyak dan goreng.




***********************************
myda_ahmad

****************

Saturday, 17 December 2011

Hasil kerja tanganku suatu ketika dahulu...

Assalamualaikum dan selamat malam.....
Memandangkan hari nie saya x kerja,bolehlah tidur lewat sedikit sambil melayan anak-anak dan menonton tv...Di ruang tamu,malam nie agak riuh dengan keletah masing-masing....ada yang bergurau,ada yang gelak2....bermain sesama mereka....dan saya ambil kesempatan yang ada ini utk menaip N3 tentang sulaman benang kait....Mulanya memang tak pandai nak pegang jarum kait apatah lagi untuk mengaitnya....








sarung bantal yang berbentuk 'Love"

 
Inipun belajar secara tak formal dari seorang kawan yang kebetulan duduk satu rumah masa zaman anak2 dara dulu....belajar hanya dengan melihat dia menghasilkan sesuatu benda seperti sarung bantal...dari situ saya tertarik dan timbul minat untuk belajar mengait.....memula tu hanya belajar dengan menghasilkan sulaman tali air....bila dah pandai buat tali air,maka sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan saya dapat menghasilkan beberapa pasang sarung bantal yang berbentuk "love".....dan ada orang yang ingin saya buat lagi....mengait nie memerlukan kesabaran yang tinggi dan minat......

Hari ini tergerak hati pula untuk mengeluarkan hasil sulaman tangan ini yang telah lama tersorok dan tersimpan kat gerobok pada suatu ketika dahulu,alhamdullilah masih elokdan bersih....tangan ni dah terasa gatal untuk memegang jarumnya....tp entah ingat lagi ke tidak cara2 nak menyulam nie.....alamat kena beli bukunya lah.....


myda_ahmad

***************************

Friday, 16 December 2011

Ayam Masak Merah dan Kobis Goreng Belacan

Assalamualaikum dan selamat petang.....
N3 kali nie..Ayam masak merah dan kobis goreng belacan..cuma baru nak di uploadkan coz cari2 pic nya ntah kt mana saya save kan....godek2 hp baru dapat cari pic nya.....inilah dia picnya......


 Ayam Masak Merah

 Kobis Goreng Belacan


Haaaa....yang nie anak2 memang suka makan,lagi2 sayur kobis tu....kalau nak masak kena masak banyak sikit,dari anak yang kecil hinggalah yang anak yang besar ,x hairanlah kalau masak kobis hari2....pastinya memang habis....Bagi saya ,kalau masak sayur nie, saya x suka masak lama2....nanti layu sangat,sekadar masak sebentar terus padam api.....

***********************************************
myda_ahmad

***********************

Lunch today

Assalamualaikum...
Hari nie lunch kami simple saja....nak masak lauk daging,anak2 x suka makan...nk masak ayam dh jemu...last2 goreng ikan bilis saja....dan masak lemak sayur pucuk paku... anak2 memang kurang suka sayur pucuk paku..tapi diorg cuma ambik kuahnya je....Saya, memang favourite lah dgn pucuk paku......Biasanya pucuk paku nie,saya goreng belacan je....Masakan saya simple saja kerana anak2 masih belum suka makan masakan yang berkari,bergulai,rendang2.....,Apa lagi suami..jauh sekali....cuma kalau nak masak kari kena ikut stail masakan mamak..masak tanpa santan....Kadang2 nak masak pun terbatas jugak,maklumlah anak2 dan suami x makan daging....,udang pun kurang apalagi sotong....tu yang jemu asyik masak ayam3.....

Goreng Ikan Bilis dengan Cili

Bahan-Bahan:
1 genggam ikan bilis
 2 ulas bawang besar-dihiris nipis
3 batang cili merah(besar)-dihiris nipis
4 biji cili hijau(kecil)-potong kecil2
sedikit belacan
minyak utk menggoreng
....Caranya pun mudah saja,goreng ikan bilis hingga garing.Masukkan bawang,cili dan belacan.Goreng hingga masak.
*utk panduan anak2 dara saya nanti.


Pucuk Paku masak Lemak dengan Kentang

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk
1 biji kentang-dipotong kecil2
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
garam

Caranya:
1.Masukkan santan cair dan bahan tumbuk serta kentang ke dlm periuk.Masak hingga didih.
2.Bila dh didih,masukkan santan pekat pula,tunggu didih sebentar.
3.Masukkan pucuk paku dan garam.

Tuesday, 13 December 2011

Menu lunch yang simple.....

Assalamualaikum dan selamat petang.....apa khabar semua?moga2 diberikan kesihatan yang baik disamping orang2 yang tersayang....Saya dan suami serta anak2 sihat....kalau x sihat jugak leh ambik ubat kat  klinik tempat saya bekerja......Oklah jom kita layan citer menu lunch saya hari nie....
Selalunya hari2 biasa ,time cuti2 sekolah nie memang masak awal ,tapi hari nie lewat sedikit dari hari biasa..anak2 masih kenyang lagi dek kerana bf yang terlewat pagi tadi....Masak pun x banyak sangat coz hari nie ada pasar malam.......Jarang jugak pegi kalau ada pasar malam,cuma kalau ada benda yang nak dibeli je baru pegi.....kalau pegi karang... nampak tu,nampak nie..semua nak dibelinya.....belum habis bulan poket dah kering....
Oklah x nak celoteh banyak2..meh layan resepi nie...sangat simple....
Anak2 pun suka makan telur goreng bersambal nie...cuma muhd Iffat je kurang  suka coz pedas.....


Telur Goreng Bersambal
Bahan-bahannya:
4 biji telur
5 sb cili giling@cili  kering yang diblender
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit garam,gula dan bahan perasa
minyak utk menggoreng telur dan menumis

Caranya:
1.Goreng telur cara mata kerbau.
2.Blender cii kering dengan bawang merah dan bawang putih.
3.Tumis cili yang diblender hingga masak,kemudian masukkan sedikit air supaya tidak kering.
4.Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5.Akhir sekali masukkan telur mata kerbau tadi ,kemudian angkat dan sedia dihidang.



Menu ke 2....

Sayur Campur



Bahan-bahannya:
Sawi-dipotong kecil2
Lobak merah-dihiris nipis
Bunga kobis-dipotong kecil2
Cili merah-dihiris nipis
2 ulas bawang putih-diketuk
1 ulas bawang besar-dihiris nipis(yang warna kuning2 tu)
1sb serbuk pati sedap
1sb sos tiram
1sb kicap cair
sedikit daging-dicincang nipis(saya rebus dulu biar x liat)
Sedikit garam
Minyak utk menumis
1/2 cawan air
1sk tepung jagung--bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuah)
1sk perahan air limau nipis

Cara-caranya:
1.Tumis bawang putih yang diketuk tadi dan masukan daging yang dicincang.
2.Kemudian masukkan air,serbuk pati sedap,garam,kicap cair dan sos tiram.
3.Masukkan lobak merah,kobis bunga,sawi ,cili merah dan bawang besar.kacau.
4.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan air limau nipis.Angkat dan sedia dihidang.

1st trial yang mengecewakan.....

Asalamualaikum dan selamat petang...
Hari nie saya tengah rajin sangat nie......cuba godek2 resepi2 kat MYResepi.....Teringin  rasa nak buat kek gula hangus....nak rasa sendiri kek gula hangus air tangan saya sendiri...sama ada jadi @ tidak...al maklumkan ini 1st trial saya...hehehe.....Kalau boleh nak buat resepi yang simple2 je....apa yang ada je  dalam stok simpanan kat dapur tu........Terima kasih ida rahayu ye kerana sudi berkongsi resepi....Harap2 anak2 saya suka makan kek gula hangus nie....kalau suka, next time akan saya buat lagi mengikut resepi nie.....Sepatutnya adunan nie kena perap dulu 3 @ 4 jam...tp saya cuma perap 1 jam je....agaknya sebab tu kot kek gula hangus saya x ada nampak mcm sarang2 lebah tu....tapi alhamdullilah sedap juga dimakan...

Izinkan saya letakkan resepi  kek gula hangus ini kat blog saya nie yea....

Kek Gula Hangus
Sumber:  ida rahayu @myresepi.com

Bahan Untuk Gula Hangus
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar mentega
Bahan Untuk Kek
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (saya guna 1 1/2 cawan)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:
  1. Pukul telor sampai kembang & pekat.
  2. Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
  4. Tuang kan esen vanilla.
  5. Last sekali, masukkan gula hangus tadi.
  6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  7. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

Monday, 12 December 2011

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca blog ini....
Hari nie saya masak nasi goreng belacan untuk breakfast pagi Isnin.....Biasanya anak-anak suka nasi goreng yang putih...kalau kaler merah diorg  kurang suka,diorg ingat nasi goreng merah tu nampak macam pedas...so hari nie saya goreng nasi kaler putih dengan meletakkan sedikit belacan supaya enak..ada rasa2 masin sikit......memang habis ..licin....agaknya lapar sangat budak2 tu....Oklah, meh layan resepi nie....



 Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahannya:
 Nasi putih
1 ulas bawang besar*-ditumbuk
2 ulas bawang putih*-ditumbuk
Ikan bilis*-ditumbuk
Sedikit belacan
2 biji cili hijau
Lobak merah-dipotong nipis & kecil2
1 biji telur
Garam & bahan perasa
Minyak utk menumis





Cara-cara membuatnya:
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.Masukkan nasi dan telur.kacau sebati
2.Masukkan garam & perasa dan lobak merah.Kacau.Angkat ,sedia dihidang.

Jemput makan.