Semanis Epal Hijau

Tuesday 22 November 2011

Bihun Goreng Simple

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.....
hari ni kami sekeluarga hanya breakfast bihun goreng saja...maklumlah cara nak masaknya pun simple dan senang....Selalunya hari-hari breakfast nasi lemak @ nasi goreng....jemulah kalau asyik makan benda yang sama je.....Menu breakfast kami sekeluarga hari ni adalah bihun goreng je....

inilah dia bihun goreng yang dimaksudkan tadi.....
Kalau nak beli pun rasanya x cukup 1@2 bungkus....baik dan lebih afdal masak sendiri saja untuk anak2 makan....air tangan dari mama sendiri.....lagi sedap....





Bahan-bahannya pun simple saja hanya bihun,cili giling@boh,sawi dan bahan-bahan untuk menumis .....biasanya kalau letak fish cake@fish ball anak2 bukannya makan sangat benda2 tu.....so mama buat yang simple2 aje....


************************************************
myda_ahmad

*****************








Monday 21 November 2011

Nasi Lemak


Asalamualaikum....dan salam sejahtera.....Salam malam minggu......Sebenarnya N3 ni tidak terlewat lagi kalau saya nk save dalam blog saya,cuma x ada masa,bila cuti sekolah tiba lagilah banyak kerja yang nak dibuat,ini termasuklah mengemas rumah,buang sawang2 yg bersarang ,mengajar anak2 belajar mengulangkaji pelajaran ...dsb.....Kali ni N3 saya adalah Nasi Lemak.
Nasi lemak memang kesukaan ramai,tidak terkecuali saya dan anak2.Biasanya kalau nak bf ,saya akan membeli di kedai 2 tepi jalan @medan selera......tapi kalau nak sedap lagi dan boleh tambah2 lagi,saya akan buat sendiri ....ini adalah kerana anak2 saya ramai,kalau nk beli sekali-sekala tu bolehlah,tapi kalau dh selalu x boleh jadi nie.....pokai duit mama...


Nasi Lemak
Resepi:Hana Safira Hidayah


Bahan-bahan:
Beras
Santan
Halia
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sambal:
Cili kering@cili boh*
Bawang merah*
Bawang putih*
Belacan*
Ikan Bilis(digoreng dulu)
Serbuk perasa
Garam & gula

Bahan-bahan lain:
Timun#
kacang tanah(digoreng)#
Telur(di rebus@di goreng)#
Ikan bilis(digoreng)
minyak

Cara-cara membuatnya:
1.Beras dibasuh ,kemudian masak menggunakan santan dan letakkan hirisan halia dan sedikit garam  ke dalam periuk nasi.
2.Bahan yang bertanda * diblender.Tumis cili,masukkan serbuk perasa,garam dan gula.Bila dh betul2 masak masukkan hirisan bawang merah besar dan ikan bilis yag telah digoreng.
3.Sediakan bahan-bahan ynag bertanda #.Bila nasi dah masak,sedia untuk dihidang.

Sunday 20 November 2011

Album Yaya























***************************************
myda_ahmad

********************

Saturday 19 November 2011

Mutiara Kata

Seorang kawan baik yang menunjukkan kesalahan dan kekurangan kita dan memperkatakan tentang kejahatan kita seharusnya dihormati, seolah-olah dia telah membongkarkan suatu rahsia tentang harta yang tersembunyi.


Selagi seorang belum mengaku kalah...dia sebenarnya belum kalah lagi dia hanya di belakang sedikit dan belum lagi selesai berlawan.


Seorang kawan yang sejati ialah seorang yang menganggap diri anda seperti sebutir telur yang baik...walaupun dia tahu bahawa anda sebenarnya telah retak sebahagiannya.


Usaha berterusan dan keazaman yang penuh akan merobohkan segala rintangan.


myda_ahmad

*************************

Friday 18 November 2011

KEK MENTEGA

Hari ni hari jumaat,hari last persekolahan untuk tahun 2011.Anak2 yg sekolah seisi ptg pun ponteng sekolah....masing2 dh malas nk g sekolah....maklumlah kt rumah ada komputer dan internet masing2 nk main game aje....kadang2 tu berebut dgn mamanya....mamanya pun sibuk nk keep in N3 kat blognya......sambil2 tu saya cuba nk buat kek mentega,terasa tekak nk makan pulak kek mentega,so saya cuba godek2 resepi dari sumber Myresepi....sambil belek2 tu terlihat kek mentega yg senang & simple untuk dibuat dengan serba kekurangan bahan2 yg ada kt dapur....tp x apalah saya cuba buat dengan bahan2 yg ada saja....hari ni saya nak cuba buat kek mentega ni daripada aniez75@myresipi.com ....terima kasih kerana sudi berkongsi resepi...asalnya resepi ni pun dia ambil daripada majalah Mingguan Wanita....



Sumber: aniez75 @myresepi.com

Bahan-bahan ( Loyang saiz sederhana )

  • 250 g. mentega
  • 250 g. tepung kek (saya guna 2 cawan tepung gandum+ 1sk soda bikarbonat &1sk baking powder-diayak)
  • 240 g. gula kastor(bleh dikurangkan)
  • 6 biji telur (saya guna 5 biji telur je)
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah(kalau kaler len pn ok) saya guna colour hijau dan kuning
  • 1 sk ovellette(saya tambah,resepi asal x de)
  • 2 sb susu pekat dibancuh dengan 1/4 cawan air suam(saya tambah, resepi asal x de)

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula  hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji,pukul lagi hingga kembang.
  3. Kemudian masuk tepung yg diayak sedikit demi sedikit,gaul sebati.
  4. Kemudian masuk esen vanilla.Gaul sebati.
  5. Bahagi kepada 2 adunan,satu dimasukkan pewarna merah dan satu lagi kaler asal.Sapu butter/marjerin dalam loyang,kemudian tuang adunan selang-seli hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 150'c selama 50-60 min.
Saya guna blender je.....
1.blender mentega,telur,gula,ovellette,even vanila dan susu hingga kembang
2.Kemudian tuang kedlm mangkuk,masukkan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3.bahagikan kepada 2 adunan,masukkan warna hijau kedlm satu adunan dan warna kuning kedlm satu adunan.
4.Sapu minyak pd loyang dan masukkan adunan selang-seli hingga habis dan bakar.

adunan yang baru siap dituang berselang-seli ke dalam loyang


corakkan ikut kesukaan anda

siap masak je terus uploadkan gambar ke blog,takut2 x sempat @x de masa...hehehe... sangat lembut.....  saya dah try, anda bila lagi.?.......

Cameron Highlands Pilihan Utama

Setiap kali menjelang cuti sekolah pastinya tempat2 peranginan penuh dengan orang...Masing2 dgn family masing2....Entah berapa kali kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highlands....Dengan cuacanya yg sejuk dan berangin membuatkan kami suka pergi banyak kali....disamping shopping ,kami juga suka duduk dlm keadaan cuaca yg sejuk mcm aircond....

bergambar bersama emak


Muhd Iffat dan pakciknya(Emy)

ladang teh yang luas

anak-anakku dan adik

anak2ku,Ely.Emy

ku dan keluargaku


diriku & Nur Ain Safira

Yaya

mama,iffat & Fifi

Mama & Fifi
Baru2 ni  7 & 8 June 2011kami gi lg ke Cameron Highlands,ajak mak sekali..dan wahida serta ely & emy....

Tuesday 15 November 2011

Donat

Assalamualaikum.........
Donat memang kesukaan saya dan anak2...biasanya kalau nk makan saya akan beli je kat kedai,tp kali ni saya nak cuba buat sendiri,sebelum nie pun saya ada juga buat cuma x sempat nak amik gambar.....selalu jugak saya belek2 resepi2 donat di internet khususnya kat MYR @Kongsi Resepi.Ada bermacam2 jenis donat dan lain2 resepinya.Tp kali nie saya nak cuba resepi dari surinah@myresipi.com sebab resepinya simple & senang untuk dibuat......izinkan saya c&p kat blog saya....terima kasih ya surinah@myresipi.com.




                         

 Sumber :surinah@myresipi.com


  • 1/2kg Tepung gandum
  • 3/4 peket Mauripan (saya guna 1paket)
  • 2 sudu besar Gula (saya guna 1 sudu je)
  • 3 sudu besar Majerin (saya guna 2 susu besar je)
  • 1 biji Telur
  • Air suam- agak-agak adunan sampai doh tu sebati dan tak lekat
  • Minyak Masak
  • 2 sudu besar susu pekat(yg ni saya tambah,resepi asal x de)
  • Gula castor
  • 1 sudu besar shortening(ni pun saya tambah,resepi asal x de)
Cara-cara membuatnya,
  1. Sediakan tepung 1/2 kg yang telah diayak  
  2. Masukkan mauripan dan 2 sudu besar susu pekat serta 2 sudu gula dibancuh dengan air suam ke dalam tepung
  3. Diikuti telur 1 biji ,softening dan 3 sudu majerin
  4. Gaulkan adunan tadi sehingga menjadi doh
  5. Tinggalkan doh tadi 20 atau 30 minit
  6. Selepas itu, uli lagi doh dan seterusnya bolehlah dibentuk mengikut citarasa masing-masing
  7. Biarkan ia naik dan kemudian bolehlah digoreng.Selepas digoreng salutkan donat tadi dengan gula halus
Resepi dr surinah@myresipi.com ini saya olah sikit dengan menambah bahan2 lain seperti softerning,susu pekat manis dan air suam ....alhamdullilah sangat lembut dan gebu....selamat mencuba.....


**************************************
myda_ahmad

****************

Ruski goreng

Assalamualaikum...
hari ni tergerak hati pulak nak breakfast maggie goreng...anak2 pun suka makan maggi,sebenarnya maggie ni  tak elok kalau makan selalu...tapi kalau sekali sekala apa salahnya kan!...
Oklah ,malas nak coret panjang lebar ...ini dia maggie ruski goreng saya untuk santapan saya dan anak2...


               Inilah dia maggie Ruski perisa ayam....
Biasanya  kalau nak sedap lagi ,saya lebih suka tambah kan telur goreng hancur,sawi,cili sedikit....

*****************************************************
myda_ahmad

***************