Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 27 July 2011

Jalan-jalan Banda Hilir,Melaka.

23 &24hb Julai 2011(Sabtu & Ahad)
Jom ,nak gi Melaka tak?suamiku mengajak ku dan anak2 .....aku apalagi cepat2 mohon cuti seawal 2 minggu,lagipun suamiku sudah berjanji dengan anak2 utk pergi ke Melaka.
Kami pergi bukan sekadar kami saja,kami pergi dengan beberapa buah kereta yang merupakan member2 suamiku.Sebenarnya suamiku ada tugas sikit dgn member2 sephotoghrapy.
Kemudian kami dan member yang lain berpecah,membawa haluan masing2.Kami mengelilingi Banda Hilir,,Banyak jugak tempat 2menarik disini,antaranya Muzium Melaka,Taming Sari,Kota A Famosa dll.Puas jugak kami mencari hotel.Nasib baik dapat jugak yang murah ,RM 90 semalam ...Kami menginap di Hotel Mesra Mutiara.Hotel ini berdekatan dengan Menara Taming Sari.

Kami Chek-in pukul 3 lebih coz kami pusing2 Banda Hilir dulu,kemudian barulah kami cari hotel.Cuaca petang itu menghalang kami untuk turun berjalan2....so aku dan anak2 mengambil keputusan untuk berehat dahulu sementara menantikan cuaca redup sikit.


Sebelah malam baru aku dan ank2ku turun dari hotel....aku berjalan2 di kawasan berdekatan dengan Menara Taming Sari,Muzium Melaka,Muzium Samudera....samibil tu berjalan 2 sekitar jeti ....di jeti aku dan anak2ku melihat pemandangan malam serta cruise yang melalui jeti itu...


Penat sungguh aku berjalan sambil mendukung babyku,serta memimpin anak2ku yang lain....puassss jugak kami berjalan,....beca pun banyak waktu malam dengan diterangi lampu2 berkelip2.Kami ambil 2 beca untuk pusing2  Banda Hilir dan kawasan Kota  A Famosa....setelah puas dan penat berjalan ,akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang...
Eloklah tu,jam pun sudah menunjukkan pukul 10.30 malam...Kami pulang ke hotel dengan menaiki beca dengan harga RM15 satu beca....melayang duit aku......




 bergambar di hadapan Muzium samudera....

 bestnyer naik beca ....anak2 lah yg seronok.....


bergambar dengan anak-anak...
Banyak kenangan yang tidak akan dilupakan semasa berada di Melaka.Lain kali bolehlah pergi lagi....


myda_ahmad

**************************







Friday, 22 July 2011

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.


Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.


Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."


Susu ibu menyelamatkan nyawa


Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.


Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.


Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.


Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.


Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.


Mengapa tidak menyusu?


Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.


Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.


Khasiat dan kebaikan susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.


Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.


Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.


Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.


Susu ibu menguntungkan wanita


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.


Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.


Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.


Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.


Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.


Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.


Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi


WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124


sumber:copy & paste dr Google.

Wednesday, 20 July 2011

Tips Elak Bayi Tersedak Susu

Salam Semua.. 
Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. memandangkan kami bakal menimang cahaya mata juga jadi marilah kita berkongsi bersama bagaimana untuk mengatasi masalah ini , sumber dari Metro ini kami ringkaskan untuk peringatan semua.

Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
  • lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar , dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.


Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa  tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.


oleh MY Baby Store


myda_ahmad

*****************

Tuesday, 19 July 2011

Hadiah Hari Lahir Yaya


Assalamualaikum....

 Ini hadiah daripada mama sempena ulangtahun kelahiran Yaya yang ke 3.

Yaya cuba2 naik basikal yang ada kat Manjaku....Habis semua tempat dia pusing....


Yaya anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik.Tarikh 29 Jun yang lalu,genap Yaya 3 tahun.Seperti ulangtahunnya yang lepas2,mama hadiahkan yaya kereta mainan utknya.Untuk tahun ini mama hadiahkan yaya sebuah kereta mainan juga....Selamat Hari Lahir Yaya.....


Bukan Yaya aje yang nak berposing kat Manjaku ini,mamanya dan Fifi pun nak juga amik bahagian....hehehe....


 Mama sempat lagi berposing ngan Fifi...







Fifi 9 Bulan....


****************************************
myda_ahmad

*****************

Fifi baru nak makan



Assalamualaikum....
Nur Ain Safira dh masuk 9 bulan,namun masih tidak mahu nak makan makanan lain selain dari menyusu badan saja.Umurnya 8 bulan mama dh bagi nestum bijirin gandum...tetapi masih tidak mau makan juga...Fifi nama panggilannya...mama kesian tgk Fifi tak makan apa-apa selain dari meyusu badan je...mama takut@risau kalau2 Fifi lapar....tapi kalau dia lapar mesti dia menangis@merenggek kan, ni x de pulak dia buat cam tu....cuma bila dia menangis nakkan susu mamanya aje.....




Ada terfikir jugak nak bagi biskut milna.Bila jalan 2 kat Billion terpandang Biskut Millna.Mama amik masuk bakul.So.semalam mama cuba alternatif lain ...mama cuba bagi biskut milna,alhamdullilah nak jugak Fifi makan...Sekarang nie mama dah tak perlu risau kerana adanya biskut Milna.....


************************************************
myda_ahmad

***************

Friday, 15 July 2011

Kelahiran Bayi

Sekiranya ini adalah kehamilan anda yang pertama kali,anda mungkin berasa agak khuatir untuk melahirkan anak.Anda dinasihatkan agar menghadiri kelas-kelas mengenai pelahiran atau ante-natal semasa anda hamil 7 bulan.Kursus seumpama ini dapat membantu anda menyiapkan diri dari segi mental dan jasmani dalam menghadapi pelahiran dan kelahiran.Sekiranya anda telah bersiap diri dengan sempurna anda akan berasa yakin dan mendapat pengalaman itu sebagai berfaedah.


Tanda-tanda Pelahiran
Alam semulajadi,biasanya banyak memberi anda tanda-tanda peringatan agar anda mengetahui bahawa bayi anda akan lahir.Pelbagai perkara boleh terjadi pada permulaan pelahiran.


"Tanda"(Show) Bayi Akan Lahir.
LEndir dikeluarkan daripada pangkal rahim bersama-sama sedikit darah melalui faraj.


Pecah Ketuban
Apabila Ketuban cecair yang mengelilingi bayi itu pecah dengan sendirinya,anda akan terasakan kebocoran airkeluar seperti buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan.Mungkin ia keluar secara menitis atau memancar dengan deras.Biasanya ia tidak berwarna.


Rasa Sakit Melahirkan
Perenjatan rahim membuat anda berasa sakit.Rasa sakit ini mungkin berupa rasa sakit di bahagian bawah perut anda seperti sakit semasa datang haid.Biasanya ia datang berulang-ulang setiap 20 minit dan setiap kali datang berakhir antara 20 hingga 30 saat.Sakitnya akan menjadi lebih kerap dan lebih kuat.
Anda anganlah bingung sekiranya ketiga-tiga tanda yang disebutkan di atas terjadi.Hubungi doktor anda dan bersiaplah untuk ke hospital.
Sebaiknya janganlah makan dulu sebelum anda ke hospital.Rengat melahirkan menghalang penghadaman dan penyerapan makanan dan minuman.Perut anda hendaklah kosong sekiranya anaestetik umum diperlukan.


Kelahiran Bayi  Anda
Dalam kelahiran bayi biasa,tiga tahap pelahiran akan anda lalui.


Tahap Pertama
Serviks anda melebar perlahan-lahan pada setiap rengatan untuk memberi laluan kepada bayi.Dalam tahap awal,rengatan terjadi berselang antara 20 atau 30 minit,kemudian semakin bertambah sering dan kuat.Apabila serviks telah cukup lebar,rahim akan merengat pada setiap 2 minit dan setiap rengatan itu bertahan selama 1 1/2 minit.Dalam kehamilan pertama pelebaran serviks mungkin mengambil masa selama 10 jam.


Tahap Kedua
Kini serviks telah lebar secukupnya.kira-kira 10 cm diameter.Kepala bayi anda kini turun ke dalam saluran kelahiran dan siap untuk lahir ke dunia.Rengatan menjadi bertambah kuat dan mendesak anda meneran.Doktor dan bidan akan membantu anda,oleh itu anda hanya perlu meneran,jika perlu.Tahap ini biasanya berlaku kira-kira satu jam lamanya.
Apabila kepala bayi anda keluar dari faraj,biasanya tubuh yang selebihnya keluar dengan mudah.


Tahap Ketiga
Sebaik saja bayi dilahirkan,uri tanggal dengan sendiri daripada dinding rahim.Dengan bantuan doktor dan rengatan rahim,uri akan terteran keluar.kantung Amnion yang kosong yang masih melekat pada uri keluar bersama-samanya.Uri,kantung dan sak yang keluar dirujuk sebagai 'after birth'.


Lega Daripada Rasa Sakit
Mendapat bayi adalah satu pengalaman yang indah.Walaupun mungkin menyakitkan dantidak bermaya.Rasa sakit akan lebih serius sekiranya anda merasa tegang.Jika anda bernafasa dengan teratur dan stabil semasa rengatan dan menyantaikan tubuh anda antara waktu tersebut,ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan.Mengurut bahagian bawah belakang juga dapat membantu anda beristirehat.


Melahirkan Anak
Inilah masanya yang anda tunggu-tunggu.Anda mungkin menjalani pelahiran dengan spontan dan bayi anda dilahirkan secara normal.Bagaimanapun ,doktor anda mungin memutuskan untuk membantu anda bersalin dengan menggunakan alat,jika perlu.Tidak lama kemudian anda akan memeluk bayi yang menjadi kebangga dan kegembiraan anda.


Forseps
Adakalanya bayi terpaksa dikeluarkan dengan pertolongan .Doktor anda mungkin menggunakan forseps yang persis cakupannya dengan kepala bayi anda  untuk menariknya keluar perlahan-lahan.


Vakum
Doktor anda mungkin juga menggunakan penyedut vakum,sebuah corong kecil daripada keluli yang disambungkan kepada pam vakum.Alat ini akan simasukkan ke dalam faraj dan dilekatkan pada kepala bayi.Sebaik anda menerannya,bayi anda akan disedut keluar melalui saluran bersalin dengan perlahan-lahan.


Episiotomi
Otot-otot dan kulit disekeliling pintu faraj mungkin koyan akibat regangan tisu-tisu untuk membolehkan kepala bayi lepas keluar.Doktor mungkin mengguntingnya untuk mencegahnya daripada koyak.Guntingan ini akan dijahit semula setelah bayi dilahirkan.Prosedur ini dikenali sebagai episiotomi.


Kelahiran Pembedahan(Sesarean)
Kelahiran sesarean ialah bayi yang dilahirkan melalui pembedahan perut.ANda mungkin diberikan anaestetik umum dan tidur sepanjang pembedahan atau memilih melakukan  epidura.Epidura akan melalikan bahagian ke bawah tubuh anda ,jadi anda sedar dan melihat kelahiran bayi anda tanpa terasa sakit.Biasanya pembedahan dilakukan melintang dan bayi anda akan dikeluarkan,dan diikuti oleh uri.Pembedahan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Pembedahan cara sesarean adalah perlu  sekiranya pelvis ibu terlalu kecil,uri membendung laluan bayi atau kesihatan ibu atau bayi dalam risiko.


Kelahiran Bayi Songsang
Kebanyakan bayi lahir dengan kepalanya dulu.Bagaimanapun ada antara nya yang tidak mengikut posisi tersebut dan dilahirkan dengan kakinya dulu.Kelahiran seperti ini dinamakan kelahiran songsang dan caranya adalah menjadi lebih sukar lagi.Anda memerlukan episiotomi dan selalunya forseps digunakan.Adakalanya,pembedahan sesarean diperlukan.


Kelahiran Cetusan
Doktor anda mungkin memulakan pelahiran secara buatan sebelum tiba masanya lahir dengan sendirinya.Cara ini dinamakan kelahiran 'cetusan'.Biasanya hormon diberikan sama ada berupa tablet atau secair yang dialirkan melalui urat di lengan anda.


P/S Info ini dipetik daripada Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan Yang Menakjubkan).....Takut buku ni hilang ,terkoyak@lusuh ,so saya abadikannya disini untuk dibaca dan sebagai panduan  bakal-bakal ibu.........

11hb Jun 2011---Jln2 Cyberjaya Slideshow

11hb Jun 2011---Jln2 Cyberjaya Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ 11hb Jun 2011---Jln2 Cyberjaya Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Ayu Raudhah mahu anak kembar

Ayu Raudhah mahu anak kembar

Lama tidak mendengar cerita tentang Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha selepas mereka berkahwin awal tahun lalu.

Senyap daripada sebarang berita, menurut Ayu dia tidak berniat untuk menyisihkan dirinya daripada perkembangan dunia seni ini, tetapi kata Ayu diamnya kini diam berisi, kerana dia sibuk dengan penggambaran drama yang tidak putus-putus.

"Sebenarnya saya hanya sempat cuti kahwin selama dua minggu saja, selepas itu tawaran kerja dan drama datang tidak putus-putus.

"Walaupun pada masa itu suami cuti, tapi dia tetap kena pergi latihan, jadi memandangkan dia sibuk dipadang, saya pun ambik tawaran lakonan pada ketika itu, tetapi semakin lama semakin ramai yang tawarkan saya drama dan jadual saya sentiasa penuh dengan penggambaran.

"Suami tidak melarang, malahan dia faham tugas saya. Kalau dia cuti, dia akan temankan saya di lokasi, dan begitu juga sebaliknya.

"Selepas berkahwin, memang banyak perubahan, lebih-lebih lagi sekarang. Walaupun sibuk, saya perlu menyiapkan urusan rumah tangga dengan baik, berbanding sewaktu bujang dulu, tidak berapa ambil kisah tentang rumah pun tak apa.

"Kami juga sekarang menetap dirumah sendiri di Seremban, jadi banyak habiskan masa berulang alik dari sana ke Kuala Lumpur. Nasib baik, saya ada pembantu yang boleh bawa kereta, jadi saya tidak penat memandu.

"Tentang anak pula, setakat ini masih belum ada rezeki untuk mendapatkannya. Kalau boleh memang nak secepat mungkin, tapi masih belum ada rezeki. Teringin juga nak anak kembar, saya mahu anak lelaki, suami pula teringin nak anak perempuan, kalau ada rezeki dapat dua-dua serentak memang saya bersyukur sangat-sangat,"jelas Ayu Raudhah.

http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/3177-ayu-raudhah-mahu-anak-kembar.html

Wednesday, 13 July 2011

Doa Semasa Ibu Mengandung

Amalan Surah Al-Quran
  • Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
Doa Semasa Hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Floria Putrajaya 2011

Pesta Floria Putrajaya telah berlangsung dari 9 Julai hingga 17 Julai...
Pd hari pertama ,kami gi saja-saja tgk2dr dlm keta(x keluar pun dr keta)..pd mlmnya kami gi lg semata-mata nk tgk kereta berhias dan bunga api...
Esoknya kami gi lg...jam 11pg grak dr rumah...Alamak!cantiknya laman yg dihias ngan bunga2an....Oh !ya temanya thn ni bunga ros...rasanya mmg x larat nk berjln lg,terasa kaki nie mcm nk tercabut...tp banyak lg tempat2 yg belum dlawati....nk wat cam ner kaki dh penat,so kami balik saje....dh banyak dh foto yg kami ambil...cukuplah tuuuu.....




























































myda_ahmad

************************